Jika anda ingin membuka akaun perniagaan di Luno, anda perlu menyerahkan beberapa dokumen untuk pengesahan. Namun begitu, terdapat keperluan dan dokumen khas yang diperlukan, dan ia mungkin bergantung pada jenis entiti perniagaan yang dijalankan di Malaysia.
Sdn. Bhd (Syarikat Sendirian Berhad) / Bhd (Syarikat Awam)
- Salinan Sijil Penubuhan/Pendaftaran serta Memorandum & Artikel Persatuan yang disahkan benar.
- Salinan Nama Dagangan dan dokumen sokongan, jika ada, yang disahkan benar.
- Salinan Maklumat Pengarah - Borang 49 yang disahkan benar, jika ada.
- Salinan Borang 24 – Pembahagian Saham Syarikat yang disahkan benar, jika ada.
- Profil Syarikat terkini (diambil dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
- Carta organisasi yang memaparkan maklumat semua pegawai pengurusan kanan, disahkan secara bebas oleh peguam, auditor, akauntan atau setiausaha syarikat yang berdaftar.
- Bil utiliti terkini yang memaparkan alamat perniagaan.
- Kad pengenalan diri berwarna, yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi individu berikut:
- Individu dengan pegangan saham secara terus atau tidak terus, sekurang-kurangnya 25% dari entiti & pemilik benefisial perantaraan (pemilik benefisial perantaraan biasanya adalah syarikat induk dan pemegang saham korporat) jika relevan.
- Individu yang mengawal entiti sepenuhnya, atau mempunyai kawalan efektif sepenuhnya terhadap klien & pemilik benefisial perantaraan melalui jawatan pengurusan kanan seperti Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan, Pengarah Pengurusan atau Pengarah Eksekutif, Presiden / Pengerusi, Pengarah (termasuklah Pengarah Ganti), atau lain-lain, yang berkenaan.
- Penandatangan yang diberi kuasa / individu yang diberi kuasa, yang relevan.
- Pegawai pematuhan, yang berkenaan.
Sila ambil maklum bahawa resolusi perlu mematuhi keperluan-keperluan berikut:
- Perlu ditandangan dan ditarikh oleh semua pengarah;
- Perlu menyatakan bahawa ia merupakan resolusi pengarah;
- Perlu mengandungi nama penuh syarikat dan nombor pendaftaran;
- Perlu mempunyai nama penuh dan nombor pengenalan diri Pengarah Berkuasa; dan,
- Ia mesti menyatakan dengan jelas kuasa khusus yang diwakilkan kepada Pegawai Berkuasa.
Resolusi yang berkenaan juga perlu mengandungi peruntukan berikut:
“Akaun Luno Business, termasuklah sebarang produk Luno atau perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun, tidak akan dikendalikan oleh mana-mana individu yang merupakan residen (sama ada penduduk tetap atau sementara) Amerika Syarikat atau kawasan-kawasannya, atau akaun tersebut diuruskan, diarahkan atau dikawal oleh mana-mana individu dari Amerika Syarikat, seperti syarikat atau kerjasama yang diorganisasikan, atau ditubuhkan di bawah undang-undang Amerika Syarikat, atau sebarang badan amanah, di mana pemegang amanah ialah residen (sama ada penduduk tetap atau sementara) di Amerika Syarikat atau kawasan-kawasannya.”
“Kami mengesahkan bahawa identiti mana-mana individu yang mempunyai kawalan efektif, atau mempunyai pengaruh pada syarikat, ada terkandung dalam dokumen konstituen, atau telahpun didedahkan kepada Luno semasa proses permohonan.”
“Akaun Luno Business tidak akan dikendalikan, diuruskan, diarahkan atau dikawal oleh mana-mana individu, atau mana-mana pemilik benefisial individu yang memegang saham entiti, atau mana-mana pihak yang boleh mengeluarkan atau memegang pemegang saham.”
Pemilikan Tunggal / Perkongsian
- Salinan Borang D Pendaftaran Syarikat (Tambahan) yang terkini dan disahkan benar.
- Salinan Borang Maklumat Pendaftaran Syarikat (Tambahan) yang disahkan benar.
- Mandat Perkongsian Akaun untuk membuka akaun Luno dan senarai penandatangan yang diberi kuasa.
- Profil Korporat terkini (diambil dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
-
Kad dokumen pengenalan diri berwarna yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi semua perkara berikut:
- Pemilik tunggal / Rakan Kongsi / Pengawal Eksekutif
- Pegawai Berkuasa, jika berkenaan
- Pegawai Pematuhan, jika berkenaan
Nota
Jika dokumen pengenalan diri tidak memaparkan alamat surat-menyurat/tempat tinggal, sila sediakan bukti alamat yang mengandungi sekurang-kurangnya nama penuh dan alamat tempat tinggal. Semua dokumen yang disediakan sebagai bukti alamat perlulah dokumen yang terkini dan telah dikeluarkan tidak lebih dari 3 bulan.
- Sumber dana - dokumen sokongan yang memaparkan sumber dana yang akan didepositkan ke akaun Luno Business.
-
Mandat/Pengesahan Kuasa rasmi, yang ditandatangan oleh individu yang bersesuaian, yang mengikuti senarai keperluan di bawah:
- Perlu ditandatangan dan ditarikhkan oleh semua rakan kongsi atau pemilik tunggal;
- Perlu dinyatakan bahawa ia merupakan resolusi rasmi, atau mandat;
- Perlu mengandungi nama penuh syarikat dan nombor pendaftaran;
- Perlu mengandungi nama penuh dan nombor pengenalan diri Pegawai Berkuasa; dan,
- Ia mesti menyatakan dengan jelas kuasa khusus yang diwakilkan kepada Pegawai Berkuasa.
Resolusi tersebut juga perlu mengandungi peruntukan berikut:
“Akaun Luno Business, termasuklah sebarang produk Luno atau perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun, tidak akan dikendalikan oleh mana-mana individu yang merupakan residen (sama ada penduduk tetap atau sementara) Amerika Syarikat atau kawasan-kawasannya, atau akaun tersebut diuruskan, diarahkan atau dikawal oleh mana-mana individu dari Amerika Syarikat, seperti syarikat atau kerjasama yang diorganisasikan, atau ditubuhkan di bawah undang-undang Amerika Syarikat, atau sebarang badan amanah, di mana pemegang amanah ialah residen (sama ada penduduk tetap atau sementara) di Amerika Syarikat atau kawasan-kawasannya.”
“Kami mengesahkan bahawa identiti mana-mana individu yang mempunyai kawalan efektif, atau mempunyai pengaruh pada syarikat, ada terkandung dalam dokumen konstituen, atau telahpun didedahkan kepada Luno semasa proses permohonan.”
“Akaun Luno Business tidak akan dikendalikan, diuruskan, diarahkan atau dikawal oleh mana-mana individu, atau mana-mana pemilik benefisial individu yang memegang saham entiti, atau mana-mana pihak yang boleh mengeluarkan atau memegang pemegang saham.”
PLT (Perkongsian Liabiliti Terhad)
- Salinan Notis Pendaftaran yang disahkan benar dari Pendaftar PLT.
- Salinan Perjanjian PLT yang disahkan benar.
- Profil Korporat terkini (diambil dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
- Borang Mandat PLT untuk membuka dompet Luno dan senarai pegawai-pegawai berkuasa.
- Kad dokumen pengenalan diri berwarna yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi semua perkara berikut:
- Rakan Kongsi dan Eksekutif Pengawal
- Pegawai Berkuasa, jika berkenaan
- Pegawai Pematuhan, jika berkenaan.
Nota
Jika dokumen pengenalan diri tidak memaparkan alamat surat-menyurat/tempat tinggal, sila sediakan bukti alamat yang mengandungi sekurang-kurangnya nama penuh dan alamat tempat tinggal. Semua dokumen yang disediakan sebagai bukti alamat perlulah dokumen yang terkini dan telah dikeluarkan tidak lebih dari 3 bulan. Baca lagi mengenai dokumen pembuktian alamat yang diterima di sini.
- Dokumen sokongan yang memaparkan sumber dana yang akan didepositkan ke akaun Luno Business.
-
Mandat/Pengesahan Kuasa rasmi, yang ditandatangan oleh individu yang bersesuaian, yang mengikuti senarai keperluan di bawah:
- Perlu ditandatangan dan ditarikhkan oleh semua rakan kongsi;
- Perlu dinyatakan bahawa ia merupakan resolusi rasmi, atau mandat;
- Perlu mengandungi nama penuh syarikat dan nombor pendaftaran;
- Perlu mengandungi nama penuh dan nombor pengenalan diri Pegawai Berkuasa; dan,
- Ia mesti menyatakan dengan jelas kuasa khusus yang diwakilkan kepada Pegawai Berkuasa.
Resolusi tersebut juga perlu mengandungi peruntukan berikut:
“Akaun Luno Business, termasuklah sebarang produk Luno atau perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun, tidak akan dikendalikan oleh mana-mana individu yang merupakan residen (sama ada penduduk tetap atau sementara) Amerika Syarikat atau kawasan-kawasannya, atau akaun tersebut diuruskan, diarahkan atau dikawal oleh mana-mana individu dari Amerika Syarikat, seperti syarikat atau kerjasama yang diorganisasikan, atau ditubuhkan di bawah undang-undang Amerika Syarikat, atau sebarang badan amanah, di mana pemegang amanah ialah residen (sama ada penduduk tetap atau sementara) di Amerika Syarikat atau kawasan-kawasannya.”
“Kami mengesahkan bahawa identiti mana-mana individu yang mempunyai kawalan efektif, atau mempunyai pengaruh pada syarikat, ada terkandung dalam dokumen konstituen, atau telahpun didedahkan kepada Luno semasa proses permohonan.”
“Akaun Luno Business tidak akan dikendalikan, diuruskan, diarahkan atau dikawal oleh mana-mana individu, atau mana-mana pemilik benefisial individu yang memegang saham entiti, atau mana-mana pihak yang boleh mengeluarkan atau memegang pemegang saham.”
Amanah
- Salinan dokumen pengasas atau Akta Amanah yang disahkan benar.
- Salinan dokumen pendaftaran Amanah yang disahkan benar.
- Salinan kad dokumen pengenalan diri yang jelas, berwarna dan dikeluarkan oleh kerajaan bagi individu-individu berikut:
- Pengasas, Pemegang Amanah, Benefisiari dan Pegawai Berkuasa
- Pegawai Pematuhan, jika berkenaan
Note
Jika dokumen pengenalan diri tidak memaparkan alamat surat-menyurat/tempat tinggal, sila sediakan bukti alamat yang mengandungi sekurang-kurangnya nama penuh dan alamat tempat tinggal. Semua dokumen yang disediakan sebagai bukti alamat perlulah dokumen yang terkini dan telah dikeluarkan tidak lebih dari 3 bulan.
- Sumber dana - dokumen sokongan yang memaparkan sumber dana yang akan didepositkan ke akaun Luno Business.
-
Mandat/Pengesahan Kuasa rasmi yang ditandatangan oleh pemegang amanah, menamakan individu dan memberi individu tersebut kuasa untuk bertindak bagi pihak Amanah yang berkaitan dengan akaun Luno Business. Resolusi perlu mematuhi keperluan berikut:
- Perlu ditandatangan dan ditarikhkan oleh semua pemegang amanah;
- Perlu dinyatakan bahawa ia merupakan resolusi pemegang amanah, atau
- Perlu mengandungi nama penuh pemegang amanah dan nombor pengenalan;
- Perlu mengandungi nama penuh dan nombor pengenalan diri Pegawai Berkuasa; dan,
- Ia mesti menyatakan dengan jelas kuasa khusus yang diwakilkan kepada Pegawai Berkuasa.
Resolusi tersebut juga perlu mengandungi peruntukan berikut:
“Akaun Luno Business, termasuklah sebarang produk Luno atau perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun, tidak akan dikendalikan oleh mana-mana individu yang merupakan residen (sama ada penduduk tetap atau sementara) Amerika Syarikat atau kawasan-kawasannya, atau akaun tersebut diuruskan, diarahkan atau dikawal oleh mana-mana individu dari Amerika Syarikat, seperti syarikat atau kerjasama yang diorganisasikan, atau ditubuhkan di bawah undang-undang Amerika Syarikat, atau sebarang badan amanah, di mana pemegang amanah ialah residen (sama ada penduduk tetap atau sementara) di Amerika Syarikat atau kawasan-kawasannya.”
“Kami mengesahkan bahawa identiti mana-mana individu yang mempunyai kawalan efektif, atau mempunyai pengaruh pada syarikat, ada terkandung dalam dokumen konstituen, atau telahpun didedahkan kepada Luno semasa proses permohonan.”
“Akaun Luno Business tidak akan dikendalikan, diuruskan, diarahkan atau dikawal oleh mana-mana individu, atau mana-mana pemilik benefisial individu yang memegang saham entiti, atau mana-mana pihak yang boleh mengeluarkan atau memegang pemegang saham.”
Tip
Jika entiti perniagaan anda tidak didaftarkan di Malaysia, anda boleh menyemak dokumen yang diperlukan di negara lain (tersedia dalam Bahasa Inggeris sahaja).