Pengesahan dua faktor (2FA) menambah lapisan perlindungan keselamatan tambahan kepada akaun Luno anda. Fungsi ini memberikan kelegaan dan keselesaan untuk anda - akaun anda selamat dan anda sahaja yang boleh mengakses masuk.
Bayangkan akaun Luno anda ialah peti besi besar yang memerlukan kunci fizikal dan nombor PIN yang dimasukkan melalui pad kekunci untuk membukanya. Kata laluan anda ialah PIN, dan pengesahan dua faktor ialah kunci. Walaupun ada individu yang mengetahui PIN anda - tanpa anda menyedarinya - individu tersebut tidak boleh membuka peti besi tersebut tanpa kunci (kerana ia sentiasa bersama anda), tidak kiralah bertapa gigih mereka mencuba.
Bagaimana 2FA berfungsi
Anda perlu akses ke telefon pintar anda apabila anda log masuk ke Luno
Anda akan memasukkan kod verifikasi dan kata laluan setiap kali anda log masuk
Tetapkan 2FA
Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi pengesahan
Sebelum anda boleh menetapkan fungsi 2FA pada akaun Luno anda, anda perlu memuat turun dan pasang aplikasi pengesahan pada telefon pintar anda. Kami mencadangkan penggunaan Google Authenticator or Authy, tetapi terdapat beberapa aplikasi lain yang anda boleh turut gunakan:

iPhone: Google Authenticator, Authy
Android: Google Authenticator, Authy
Blackberry: Google Authenticator
Microsoft Mobile: Authenticator+
Langkag 2: Tetapkan fungsi 2FA pada Luno
Pada aplikasi mudah alih
Apabila anda selesai memasang aplikasi pengesahan, buka aplikasi Luno dan log masuk
Pilih Profil daripada menu
Pilih Sekuriti, dan kemudian Pengesahan dua faktor
Pada skrin seterusnya, pilih Mulakan
Salin Kunci tetapan 2FA yang dipaparkan pada skrin dengan menekannya.
Pegi ke aplikasi pengesahan, tambahkan Luno di situ. Tekan ikon tambah +, pilih Manual Entry (Google Authenticator) atau Enter Key Manually (Authy), dan kemudian tampal kunci tadi pada skrin seterusnya (Google Authenticator), atau tambahkan secara manual (Authy)
Kod unik 6 digit akan dipaparkan. Tekan pada kod untuk salin
Kembali ke aplikasi Luno, dan anda akan dapati kod tersebut telah dimasukkan secara automatik dan fungsi 2FA telah dihidupkan
Nota
Simpan kunci tetapan 2FA luno dan kunci pemulihan pengesahan di tempat yang selamat, jika terdapat situasi di mana anda tidak boleh mengakses aplikasi pengesahan atau menukar peranti mudah alih. Ketahui lebih lanjut di sini.
Pada aplikasi web
Apabila anda selesai memasang aplikasi pengesahan, buka aplikasi Luno dan log masuk, pergi ke halaman tetapan pengesahan dua faktor dengan menekan sini
Pilih TETAPKAN 2FA
Pada skrin Tetapkan aplikasi 2FA, satu Kod QR akan dipaparkan dan juga Kunci Tetapan.
-
Bergantung pada pilihan anda, pilih salah satu:
Imbas Kod QR yang dipaparkan pada aplikasi laman web. Pada aplikasi pengesahan anda, pilih ikon tambah +, pilih Scan Barcode (Google Authenticator) atau Scan QR Code (Authy) untuk mengimbas Kod OR unik anda, atau…
Salin kunci Setup pada skrin Luno Setkan aplikasi 2FA anda, dan pada aplikasi pengesahan anda, pilih ikon tambah +, pilih Manual entry (Google Authenticator) atau Enter key manually (Authy) dan kemudian tampal kunci pada skrin seterusnya
Apabila selesai, kod unik 6 angka untuk Luno akan dipaparkan.
Pada aplikasi web Luno, masukkan kod 6 digit tersebut untuk menyelesaikan tetapan 2FA anda.
Berjaya! Anda baru sahaja mendayakan 2FA pada akaun Luno anda.
Nota
Simpan kunci tetapan 2FA luno di tempat yang selamat, jika terdapat situasi di mana anda tidak boleh mengakses aplikasi pengesahan anda. Ketahui lebih lanjut di sini.
Berjaya! Anda telah menghidupkan fungsi 2FA pada akaun Luno anda.
Baik pulih fungsi 2FA
Apabila anda telah menghidupkan fungsi 2FA, dan dalam situasi jika anda mengalami masalah, ketahui apa yang perlu dilakukan jika anda tidak dapat mengakses aplikasi pengesahan anda, atau apa yang anda perlu lakukan jika kod pengesahan 6 digit anda tidak berfungsi.