Jika anda mempunyai aplikasi Luno dipasang pada peranti mudah alih anda, anda boleh menerima notifikasi push selagi ia dihidupkan.
Notifikasi push menambah lagi sekuriti akaun Luno anda. Apabila dihidupkan, anda akan menerima notifikasi push pada salah satu keadaan berikut:
Untuk memberitahu aktiviti terkini pada akaun Luno anda, contohnya log masuk baru
Mengandungi OTP 4-digit yang diperlukan untuk log masuk - jika anda mempunyai peranti dipercayai dan pengesahan dua-faktor (2FA) tidak dihidupkan
Meminta anda untuk mengesahkan tindakan spesifik pada akaun Luno anda, jika anda mempunyai peranti dipercayai
Tip
Tidak pasti bagaimana untuk setkan pengesahan dua-faktor (2FA)? Ketahui lagidi sini.
Ingin mengetahui bagaimana untuk menjadikan telefon pintar anda sebagai peranti dipercayai? Dapatkan jawapannya di sini.
Bagaimana untuk menghidupkan notifikasi push?
Anda boleh menghidupkan notifikasi push dengan mudah daripada tetapan telefon anda.
Cara-cara
Peranti Android
Buka aplikasi tetapan telefon anda
Pilih Apl & notifikasi, kemudian Notifikasi
Pada bahagian Dihantar terkini, cari aplikasi yang terkini menghantar notifikasi kepada anda. Untuk mencari lebih banyak aplikasi, pilih Lihat semua
Pilih Lanjutan, dan hidupkan notifikasi bagi aplikasi Luno.
Tip
Jika Dihantar terkini tidak dipaparkan, kemungkinan anda menggunakan versi Android yang lama. Pilih Notifikasi apl dan kemudian aplikasi Luno untuk menghidupkan notifikasi.
Peranti Apple
Tekan aplikasi Seting
Pilih Pemberitahuan
Skrol kebawah, cari dan pilih aplikasi Luno
Pada bahagian atas skrin, tukar Benarkan Pemberitahuan ke ON
Pilih bagaimana anda ingin menerima notifikasi push
Dan pilih stail penggera bagaimana anda ingin menerima notifikasi push apabila peranti anda dinyahkunci