Apakah peranti dipercayai dan bagaimana untuk mengaktifkannya?

Apa itu peranti yang dipercayai?

Peranti yang dipercayai (trusted device) ialah telefon pintar anda yang digunakan untuk aplikasi Luno. Peranti ini akan mengesahkan permintaan untuk melaksanakan tindakan berisiko tinggi pada akaun Luno anda.

Untuk keselamatan, sesetengah tindakan (log masuk, tukar nombor telefon atau menghantar matawang kripto) perlulah disahkan oleh anda sendiri dan untuk memastikan bukan individu lain yang melakukan tindakan tersebut pada akaun Luno anda.

Oleh itu, kami mungkin akan menghantar 4-digit OTP (PIN Sekali Guna) atau permintaan pengesahan melalui:

  • Notifikasi push  melalui aplikasi Luno pada peranti yang dipercayai, atau

  • Or SMS kepada nombor telefon yang sudah disahkan pada akaun Luno anda, atau

  • Or Emel kepada alamat emel utama dari akaun Luno anda


Mengapa saya perlukan peranti yang dipercayai?

Luno akan menghantar permintaan sekuriti terus ke aplikasi Luno di telefon bimbit anda melalui notifikasi push – berbanding melalui SMS atau Emel.

Permintaan sekuriti ini termasuklah:

  • Kod log masuk 4-digit untuk memastikan cubaan log masuk

  • Permintaan Pengesahan untuk tindakan berisiko tinggi


Apakah peranti yang boleh digunakan sebagai peranti yang dipercayai?

Sebarang telefon pintar yang anda gunakan untuk mengakses ke akaun Luno anda melalui aplikasi Luno boleh digunakan sebagai peranti yang dipercayai.


Bagaimana untuk mengaktifkan peranti yang dipercayai?

  1. Pastikan anda menggunakan versi terbaru aplikasi Luno dan log masuk

  2. Di bawah bahagian Profil, pilih Keselamatan

  3. Pergi ke Peranti

  4. Pilih peranti yang ingin digunakan, dan kemudia pilih Percaya Peranti dan sahkan

  5. Sahkan pautan yang dihantar pada SMS yang diterima

Berjaya! Peranti dipercayai anda akan menerima semua permintaan sekuriti melalui notifikasi push.

Nota

Luno tidak akan sesekali meminta anda mempercayai sesebuah peranti untuk kami atau orang lain. Untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan, hanya aktifkan peranti yang diminta oleh anda, bukan daripada permintaan orang lain.


Bagaimana untuk membatalkan peranti yang telah dipercayai?

  1. Pergi ke bahagian Profil, kemudian klik Keselamatan

  2. Pergi ke Peranti

  3. Pilih peranti yang ingin dibatalkan, tekan PADAM

Misi berjaya! Peranti yang dipercayai akan dibatalkan dan ia tidak akan menerima lagi permintaan sekuriti melalui notifikasi push.

Nota

Pengesahan adalah tidak diperlukan untuk membatalkan peranti yang dipercayai.

Tip

Jika anda mempunyai masalah dengan peranti yang dipercayai, kami mempunyai beberapa tips penyelesaian di sini. Tidak pasti cara untuk mengaktifkan notifikasi push bagi aplikasi Luno pada telefon anda? Jangan risau! Ketahui lebih lanjut di sini.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?