
Kami di Luno mahukan pembelian, penyimpanan dan penghantaran matawang kripto menjadi mudah dan selamat. Oleh sebab itu, kami menggunakan perisian daripada penyedia perkhidmatan pengawasan rantaian blok bertaraf industri untuk mengenalpasti alamat dompet kripto yang telah atau sedang dikaitkan dengan aktiviti haram. Alamat-alamat ini dikelaskan sebagai “berisiko tinggi.”
Berikut merupakan beberapa contoh kategori berisiko:
Pembiayaan pengganas
Penyekatan
Bahan-bahan penderaan kanak-kanak
Ransomware, dan lain-lain.
Senarai di atas bukanlah senarai yang lengkap. Mungkin terdapat sebab-sebab lain lagi Luno akan menanda sesuatu alamat sebagai “berisiko tinggi.”
Selari dengan komitmen kami untuk menjadikan platform kami selamat kepada pelanggan kami, kami tidak memproses transaksi daripada dompet Luno atau alamat dompet yang dianggap sebagai “berisiko tinggi.”
Jika anda menerima notifikasi mengenai alamat yang ingin dihantar ialah alamat “berisiko tinggi,” anda tidak boleh menghantar wang daripada Luno ke alamat ini.
Nota
Kami mencadangkan anda supaya mengetahui siapa yang anda sedang berurusan dan sila nilai semula tindakan anda untuk menghantar kripto ke alamat ini.
Tip
Jika anda perlukan bantuan untuk mengenalpasti kemungkinan penipuan, anda boleh baca lagi mengenai tanda-tanda amaran di sini.