Lindungi dompet anda dengan mematikan fungsi hantar matawang kripto

Kebanyakan pelanggan Luno tidak menghantar matawang kripto keluar daripada dompet mereka secara berkala. Mereka menggunakan Luno untuk beli, jual atau menyimpan matawang kripto mereka. Untuk sebab ini, dan juga untuk tambahan keselamatan, fungsi hantar matawang kripto telah dimatikan secara lalai apabila anda mendaftar masuk Luno.

Sebelum anda menghantar matawang kripto, anda perlu menghidupkan fungsi hantar dahulu. Apabila anda telah menghantar matawang kripto, kami mencadangkan anda untuk mematikan semula fungsi hantar jika anda tidak bercadang untuk menggunakannya dalam masa terdekat.


Mengapa saya perlu matikan hantaran kripto?

Apabila fungsi kripto dimatikan, penyerang tidak akan dapat menghantar matawang kripto serta merta jika individu tersebut dapat masuk ke akaun anda. Untuk melindungi wang anda, terdapat tempoh menunggu yang lama (antara tempoh 24 jam sehingga 14 hari) sebelum fungsi hantar dihidupkan semula. Tempoh ini memberikan anda sedikit masa untuk melaporkan sebarang aktiviti tidak sah dan melindungi akaun anda.


Bagaimana untuk matikan fungsi hantar matawang kripto daripada dompet saya?

  1. Log masuk ke Luno
  2. Pilih Profil daripada menu, kemudian pergi ke Sekuriti
  3. Pilih Hantar matawang kripto
  4. Tekan butang MATIKAN HANTAR
  5. Anda akan diminta untuk mengesahkan tindakan ini

Anda telah berjaya melindungi matawang kripto anda dengan mematikan fungsi hantar.


Bagaimana untuk hidupkan fungsi hantar kripto semula di masa depan?

Pergi ke Profil > Sekuriti > Hantar matawang kripto. Anda perlu mengesahkan yang anda memahami risiko, sahkan perubahan melalui SMS atau notifikasi push, kemudian tunggu fungsi hantar dihidupkan pada tarikh dan masa yang dipaparkan.

Nota

Setelah anda menghantar matawang kripto, anda perlu mematikan fungsi hantar matawang kripto semula jika anda tidak bercadang untuk menghantar sebarang kripto dalam masa terdekat.

Luno tidak akan menggalakkan anda untuk menghidupkan fungsi hantar atau mengarahkan anda untuk menghantar matawang kripto ke alamat dompet lain.Berhati-hati dengan penipuan.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?