Bagaimana Luno Exchange berfungsi?

Tukaran, seperti Luno Exchange, ialah platform yang menghubungkan pembeli dan penjual, sama seperti tukaran/pasaran lain seperti saham, komoditi, forex dan matawang kripto.

Nota

Luno tidak membeli atau menjual matawang kripto, atau menetapkan kadar tukaran. Permintaan dan penawaran yang menentukannya. Kami ialah platform yang menghubungkan pembeli dan penjual.


Pesanan beli dan ask

Terdapat penjual di Luno Exchange. Penjual mempunyai Bitcoin (BTC) dan berminat untuk menjualnya kepada matawang tempatan - contohnya, Ringgit Malaysia (MYR). Penjual akan pergi ke Luno Exchange dan membuat deposit BTC.

Sebagai contoh, Jeroni mempunyai 1 BTC yang beliau berminat untuk dijual - beliau mencipta satu pesanan untuk menjual 1 BTC miliknya dengan arahan “Saya mahu mendapatkan 215,000 MYR bagi 1 BTC saya”. Ini dipanggil ask.

Ini dikenali sebagai pesanan maker - kerana Jeroni membuat pesanan dan membuat (make) kecairan pada Luno Exchange (dalam bentuk BTC yang masih belum didagangkan).


Pembeli dan pesanan bid

Terdapat pembeli pada Luno Exchange. Pembeli pergi ke Luno Exchange dan membuat deposit matawang tempatan - wang yang akan digunakan untuk membeli BTC.

Apabila deposit dilakukan, pembeli boleh membuat dua perkara:

  1. Mereka boleh menyepadankan pesanan sedia ada (bayar 215,000 MYR untuk 1 BTC). Ini dipanggil pesanan taker, kerana mereka mengambil (take) kecairan daripada Luno Exchange.

  2. Atau mereka boleh membuat pesanan baru (yang dipanggil bid) dengan mengatakan, contohnya, “Saya hanya mahu membayar 212,594 MYR untuk membeli 1 BTC”.

Oleh kerana pesanan baru tidak sepadan dengan pesanan lain, ini dipanggil sebagai pesanan maker.

Oleh itu, terdapat dua jenis pesanan pada Luno Exchange. Terdapat individu yang mahu menjual 1 BTC dengan harga 215,000 MYR, manakala seorang lagi hanya mahu membeli 1 BTC dengan harga 212,594 MYR.

Dalam situasi ini, pasaran masih tidak bertemu, kerana pembeli dan penjual tidak bersetuju dengan harga. Pembeli mahu membayar terlalu sedikit (dari sudut pandang penjual) dan penjual meminta terlalu banyak BTC (berdasarkan pembeli).

Tip

Ketahui lebih lagi mengenai bagaimana jenis pesanan yang berbeza berfungsi di artikel bantuan kami di sini.


Lebih penawaran dan permintaan

Selagi terdapat penawaran dan permintaan bagi item yang dibeli dan dijual (BTC dan matawang tempatan), lebih banyak pembeli dan penjual akan masuk ke pasaran dan mencipta pesanan mereka sendiri - pada harga yang lebih rendah atau tinggi berbanding pesanan sebelumnya.

Akhirnya, akan terdapat satu titik dimana pasaran akan bertemu - apabila pembeli dan penjual bersetuju terhadap satu harga.

Bayangkan, terdapat penjual dengan 1 BTC dan beliau mengatakan: “Saya ada 1 BTC dan saya mahu 213,000 MYR untuk 1 BTC ini.” Kemudian datang pembeli dan menyatakan: “Saya mahu 1 BTC dan saya akan bayar 213,000 MYR untuk 1 BTC ini.”

Dalam situasi ini, pembeli akan mendapat apa yang diinginkan (1BTC) dan penjual juga mendapat apa yang dimahukan (213,000 MYR) – pesanan tersebut akan ditutup. Pasaran sudah bertemu.

Pesanan sebelumnya masih dibuka sehingga terdapat pembeli, mahu membelanjakan 213,000 MYR dan penjual yang mahu menerima 213,000 MYR bagi dagangan tersebut.

Nota

Satu perkara yang perlu diingatkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan tukaran, intergrasi platform, sokongan pelanggan, keselamatan dan memastikan pengguna berdagang pada tukaran yang boleh dipercayai, platform tersebut (seperti Luno Exchange) akan mengenakan sedikit caj.

Luno mengikuti model caj taker/maker yang popular. Model harga kami melevi tiada caj bagi market makers dan caj yang nominal bagi market takers.

Tip

Ketahui mengenai caj maker/taker kami di sini.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?