Mengapa saya dikenakan caj apabila beli atau jual?

Apabila anda membeli atau menjual matawang kripto di Luno, caj berbeza dikenakan berdasarkan di mana anda beli atau jual.

Perkara pertama yang perlu difahami ialah perbezaan di antara penggunaan Exchange dan pilihan fungsi beli dan jual segera. Terdapat caj yang berbeza untuk kedua-duanya.

Bagaimana untuk mengetahui mana satu yang digunakan?

Jika anda bertanyakan soalan ini, mungkin anda telah menggunakan pilihan fungsi beli dan jual segera. Jika anda memilih beli atau jual pada aplikasi atau laman web pada skrin Dompet, anda telah menggunakan fungsi beli atau jual segera. Jika anda memilih pilihan Exchange dan letakkan pesanan, anda telah menggunakan Exchange.


Fungsi beli dan jual segera

Jika anda menggunakan pilihan ini, caj perkhidmatan yang dipaparkan ialah caj dinamik – ia berdasarkan quot yang diterima secara spesifik. Caj ini berbeza daripada satu dagangan ke satu dagangan dan bergantung pada kondisi pasaran. Jika anda menerima quot tersebut (dengan menekan SAHKAN), anda menerima caj perkhidmatan yang turut disertakan sekali.

Nota

Caj perkhidmatan adalah termasuk risiko kepada kami jika terdapat perubahan harga di antara tempoh anda memasukkan amaun yang hendak dibeli atau dijual dengan tempoh anda mengesahkan transaksi. Luno mengenakan caj perkhidmatan ini dalam bentuk matawang kripto, yang mana ia akan dikira daripada amaun yang ingin dibeli atau dijual.


Exchange

Fungsi Exchange ialah sedikit kompleks dalam menerangkan caj yang dikenakan kepada anda. Caj bergantung sama ada anda ialah maker atau taker. Perbezaannya ialah di antara pesanan dagangan yang menyediakan kecairan (dipanggil pesanan maker) dan pesanan dagangan yang membawa keluar kecairan (dipanggil pesanan taker).

Jika anda seorang maker, anda akan dikenakan caj maker (di antara 0% - 0.25%, bergantung pada tahap dagangan dan negara). Terdapat kemungkinan pesanan anda dilaksanakan separuh dengan segera, dan dalam situasi, anda boleh menjadi maker dan taker. Keadaan ini bergantung pada kecairan yang sedia pada pada harga yang ingin dijual atau dibeli.

Jika anda seorang taker, dagangan anda akan terus dilaksanakan dan caj taker akan dikenakan pada dagangan tersebut - bergantung pada pasaran dan negara anda melakukan dagangan.

Nota

Menjadi maker atau taker tidak bergantung sama ada anda jual atau beli, tetapi ia bergantung pada pesanan anda - dilaksanakan secepatnya atau tidak.

Tip

Ketahui berapakah caj taker dan maker berdasarkan tahap anda di sini.
Caj maker/taker juga dikenakan pada pesanan jual. Ketahui lagi bagaimana caj dikenakan pada Luno Exchange.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?