Apakah itu pengesahan dan berapa banyak diperlukan oleh Luno?

Pengesahan pada rantaian blok matawang kripto berlaku apabila transaksi dimasukkan ke dalam blok yang ditambah ke rantaian blok. Contohnya, jika anda membuat transaksi sekarang, ia akan dimasukkan ke dalam blok yang akan ditambah pada rantaian blok seterusnya.

Bagi Bitcoin, proses ini mengambil masa lebih kurang 10 minit (juga dikenali sebagai “block time”) dan boleh mengambil tempoh yang lebih lama disebabkan oleh pelbagai sebab, seperti kepayahan melombong dan penggunaan rangkaian yang tinggi (Luno menggunakan caj hantaran dinamik ntuk memastikan transaksi anda dimasukkan ke blok seterusnya).

Pengesahan ini dikira daripada blok yang telah ditambah. Contohnya, jika transaksi anda telah dimasukkan pada blok 100 dan sekarang terdapat 110 blok, transaksi tersebut mempunyai 11 pengesahan. Blok transaksi juga dikira turut dikira.

Nota

Luno mempunyai beberapa garis panduan untuk menerima matawang kripto seperti di bawah. Mungkin ini adalah sebab mengapa transaksi anda tidak dipaparkan terus pada dompet Luno atau dompet luar anda.

Nama

Block Time

Explorer rantaian blok*

Pengesahan yang diperlukan untuk diterima ke Luno

Minimum jangkaan masa terima ke Luno**

Avalanche (AVAX) 2-3 saat snowtrace.io
20 1 minit
Bitcoin (BTC) atau (XBT) 10 minit blockchain.com
3 30 minit
Bitcoin Cash (BCH) 10 minit
blockchain.com
12 2 jam
Cardano (ADA) 20 saat explorer.cardano.org 15 5 minit
Chainlink (LINK) 30 saat etherscan.io 30 15 minit
Ethereum (ETH) 30 saat etherscan.io
30 15 minit
Litecoin (LTC) 2.5 minit blockchair.com/litecoin
12 30 minit
Solana (SOL) 0.4 saat explorer.solana.com 1 < 1 minit
Uniswap (UNI) 30 saat etherscan.io 30 15 minit
XRP (XRP) 3 saat xrpscan.com
2 5 minit


Kesemua matawang ini wujud pada rangkaian berasingan.

** Aktiviti rangkaian tinggi akan lebih mempercepatkan proses.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?