Saya tidak boleh mengakses aplikasi pengesahan dua faktor. Apa yang perlu saya lakukan?

Jika telefon pintar anda hilang, dicuri atau aplikasi Google Authenticator/Authy telah dipadam daripada telefon anda, anda boleh mendapatkan semula akses ke akaun Luno anda dengan salah satu langkah berikut:


1. Matikan pengesahan dua faktor untuk mendapatkan semula akses ke akaun anda

Untuk mematikan pengesahan dua faktor dan mendapatkan semula akses ke akaun anda:

  1. Mulakan dengan melog masuk ke Luno menggunakan emel dan kata laluan anda, atau dengan akaun sosial anda

  2. Apabila skrin Masukkan kod 2FA dipaparkan, tekan pada Terdapat masalah? Dan kemudian pilih Saya tidak boleh mengakses aplikasi pengesahan

  3. Anda akan dibawa ke Pemulihan Akaun untuk mematikan 2FA

Nota

Anda perlukan akses ke emel utama dan nombor telefon dan anda perlu mengesahkan maklumat yang berkaitan dengan akaun anda.


2. Pulihkan semula pengesahan dua faktor menggunakan kunci tetapan (setup key)

Jika anda menyimpan kunci tetapan (setup key) yang disediakan apabila anda menghidupkan pengesahan dua faktor pada akaun anda, ikuti langkah di bawah untuk menggunakan kunci tetapan tersebut untuk memulihkan semula aplikasi pengesahan dua faktor anda dan mendapatkan kembali akses ke akaun anda. Ini adalah contoh kunci tetapan:77PJ77RTGPPVWQHWIIQG2VPGRKSF6HNS

Google Authenticator

  1. Muat turun dan buka aplikasi Google Authenticator

  2. Pilih Begin dan tambahkan akaun menggunakan pilihan Enter a provided key

  3. Masukkan nama akaun dan kunci tetapan pada ruang Your key, kekalkan pilihan time-based dan tekan butang Add

  4. Berjaya! Anda telah mengembalikan fungsi 2FA dan anda boleh log masuk ke akaun Luno anda

Authy

  1. Muat turun dan buka aplikasi Authy

  2. Masukkan nombor telefon dan sahkan ia melalui panggilan telefon atau SMS

  3. Masukkan akaun pengesahan menggunakan pilihan Enter key manually

  4. Masukkan kunci tetapan, tekan OK

  5. Berjaya! Anda telah mengembalikan fungsi 2FA dan anda boleh log masuk ke akaun Luno anda


Perlu lebih bantuan?

Jika anda tidak mengetahui kunci tetapan pengesahan dua faktor anda dan anda tidak mempunyai akses ke emel utama atau nombor telefon anda, sila hubungi pasukan bantuan kami. Kami akan meminta anda untuk menyediakan swafoto bersama ID dan nota untuk tujuan identifikasi.

Cara-cara

Swafoto yang bagus bersama ID dan nota ialah gambar anda memegang kedua-dua dokumen di bawah dalam satu gambar. Gambar anda hendaklah jelas dan beresolusi tinggi:

  1. Dokumen identiti anda,

  2. Nota bertulis tangan yang mengandungi tarikh semasa dan “Hanya untuk kegunaan set semula Luno”.

Contoh bagaimana swafoto bersama ID dan nota patut kelihatan, sila semak artikel bantuan kami di sini. Sebagai tambahan kepada swafoto, panggilan sekuriti mungkin akan diperlukan. Wakil daripada pasukan bantuan Luno akan menghubungi anda pada nombor telefon yang telah disahkan pada akaun anda.

Setelah kami mengesahkan identiti anda, kami akan mematikan pengesahan dua faktor pada akaun anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?