
Jika anda telah setkan peranti dipercayai dan ia tidak menerima notifikasi push, langkah-langkah di bawah mungkin membantu.
Saya tidak menerima notifikasi push dengan OTP log masuk 4-digit saya
Semak tetapan notifikasi push anda
Jika anda tidak menerima notifikasi push dengan OTP log masuk 4-digit anda, terdapat kemungkinan notifikasi push tersebut tidak dihidupkan pada aplikasi Luno di peranti mudah alih anda.
Tip
Tidak pasti bagaimana untuk menyemak sama ada notifikasi push dihidupkan atau tidak? Ketahui lebih di sini.
Apabila anda telah menghidupkan notifikasi push, cuba log masuk sekali lagi.
Hantar semula OTP log masuk melalui emel
Jika notifikasi push telah dihidupkan tetapi anda masih tidak menerima OTP log masuk 4-digit melalui notifikasi push, anda boleh menghantar semula OTP melalui emel. Untuk melakukannya, log masuk menggunakan emel dan kata laluan. Apabila diminta untuk semak notifikasi push anda:
Pilih Tidak menerima notifikasi push
Tekan Hantar semula melalui emel
OTP log masuk 4-digit akan dihantar ke emel utama yang dihubungkan kepada akaun Luno anda.
Padam dan tambah peranti dipercayai baru
Jika anda tidak lagi mempunyai akses ke peranti dipercayai, anda boleh memadamnya dan tambah peranti baru.
Pastikan anda log masuk menggunakan aplikasi Luno pada peranti baru yang ingin dipercayai
Log masuk ke akaun Luno anda dengan menghantar semula OTP log masuk 4-digit ke emel seperti yang dinyatakan di atas
Pada bahagian Profil, pilih Sekuriti
Pergi ke Peranti
Ikuti langkah-langkah dalam artikel ini untuk memadam peranti dipercayai lama anda
Akhir sekali, ikuti langkah-langkah dalam artikel ini untuk menambah peranti dipercayai yang baru
Nota
Luno tidak akan sesekali meminta anda untuk mempercayai peranti untuk kami. Untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan, hanya percayakan peranti milik anda sendiri dan jangan sesekali bersetuju terhadap permintaan individu lain.
Saya tidak menerima notifikasi push dengan permintaan pengesahan saya
Semak tetapan push anda
Jika anda tidak menerima notifikasi push dengan permintaan pengesahan anda, semak dahulu sama ada notifikasi push telah dihidupkan pada peranti anda untuk aplikasi Luno.
Tip
Tidak pasti bagaimana untuk menyemak sama ada notifikasi push dihidupkan atau tidak? Ketahui lebih di sini.
Apabila anda telah menghidupkan notifikasi push, cuba lakukan tindakan tadi sekali lagi.
Hantar semula permintaan pengesahan melalui SMS
Jika notifikasi push anda dihidupkan, dan anda masih tidak menerima permintaan p~engesahan melalui notifikasi push, anda boleh menghantar permintaan pengesahan tersebut melalui SMS. Untuk melakukannya:
Mulakan mana-mana perkhidmatan yang anda ingin lakukan (cth: hantar, beli)
Apabila diminta untuk menyemak notifikasi push anda, pilih Hantar semula melalui SMS
Permintaan pengesahan akan dihantar semula melalui SMS ke nombor telefon yang telah disahkan pada akaun Luno anda.
Padam dan tambah peranti dipercayai baru
Jika anda tidak lagi mempunyai akses ke peranti dipercayai, anda boleh memadamnya dan tambah peranti baru:
Pastikan anda log masuk ke aplikasi Luno di peranti baru yang ingin dipercayai
Pada bahagian Profil, pilih Sekuriti
Pergi ke Peranti
Ikuti langkah-langkah dalam artikel ini untuk memadam peranti dipercayai lama anda
Akhir sekali, ikuti langkah-langkah dalam artikel ini untuk menambah peranti dipercayai yang baru