
Jika anda adalah seorang pencari kerja, pastinya anda amat memahami perasaan apabila permohonan anda ditolak satu demi satu. Jadi, apabila terdapat seseorang menghubungi anda melalui LinkedIn dengan tawaran temuduga untuk bekerja di Luno, anda perlu pastikan yang individu tersebut adalah kakitangan Luno yang sebenar!
Kami menyedari yang terdapat sekumpulan individu yang menyamar sebagai kakitangan Luno dan merekrut mangsa melalui media sosial LinkedIn. Mereka akan menggunakan profil LinkedIn palsu atau yang telah digodam untuk menawarkan anda pekerjaan yang menarik di Luno, tetapi dengan syarat – pemohon perlu membayar yuran, wang deposit atau menghantar sejumlah matawang kripto untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.
Luno tidak akan sesekali meminta anda untuk melakukannya.
Individu yang menyamar sebagai kakitangan Luno akan:
Mengenakan yuran untuk ditemuduga, permohonan kerja atau memulakan kerja
Memaksa anda untuk melabur atau menggunakan matawang kripto untuk mendapatkan pekerjaan
Menghubungi anda menggunakan emel yang nampak seperti asli, tetapi tidak seperti @luno.careers
Menghubungi anda melalui fungsi private message pada LinkedIn dengan tawaran kerja
Menghantar mesej melalui WhatsApp mengenai kontrak pekerjaan
Menghantar kepada anda pautan mengenai pekerjaan yang ditawarkan tetapi tidak disenaraikan di www.luno.com/careers
Alamat emel rasmi Luno
Jika anda menerima emel yang bukan dari domain @luno.com, sila abaikan dan jangan berinteraksi dengannya kerana emel daripada Luno akan tidak sama sekali menghantar emel menggunakan domain @gmail.com atau domain-domain yang lain.
Pastikan anda
Kakitangan Luno sering menghubungi calon melalui fungsi private message di LinkedIn, tetapi, kami tidak akan menghantar surat tawaran kepada calon melalui fungsi tersebut. Calon biasanya akan ditawarkan peluang temuduga untuk jawatan yang spesifik, atau jemputan menyertai sembang perkenalan untuk belajar lagi mengenai Luno. Pastikan anda mengesahkan individu yang menghantar mesej kepada anda ialah kakitangan Luno yang sebenar.
Walaupun Luno ada menghubungi calon yang disenarai pendek melalui WhatsApp ketika proses merekrut (hanya di beberapa negara), kami tidak akan menghantar tawaran kerja atau kontrak pekerjaan melalui WhatsApp. Jangan klik pada pautan yang dihantar melalui WhatsApp daripada “Jabatan Sumber Manusia Luno.”
- Pasukan sumber manusia Luno biasanya mencari calon bagi jawatan yang mungkin masih lagi tidak dipaparkan pada laman web pencarian pekerjaan. Namun begitu, jika anda menerima pautan mengenai pekerjaan yang tidak disenaraikan pada www.luno.com/careers atau halaman LinkedIn Luno, anda mungkin sedang ditipu.
Nota
Jika anda mengesyaki terdapat individu di LinkedIn sedang menyamar sebagai pasukan sumber manusia Luno dan cuba untuk menipu anda, laporkan pada LinkedIn dan beritahu kami dengan menghantar emel ke phishing@luno.com.