Bagaimanakah caj ditentukan apabila berdagang di Luno Exchange?

Luno mempunyai struktur caj untuk maker dan taker bagi pelanggan yang menggunakan Luno Exchange. Sebelum kami menerangkan tentang tetapan caj, pastikan anda memahami dahulu cara pasaran had berfungsi dan maksud pesanan pembuat & penerima.

Caj ditentukan daripada volum dagangan anda sepanjang tempoh 30 hari, tidak termasuk hari semasa. Jumlah volum dagangan anda sepanjang 30 hari akan dikira oleh sistem kami pada setiap malam, bermula 00h00 GMT.

Tip

Sila rujuk pada jadual caj bagi negara anda .

Jumlah keseluruhan volum dagangan 30 hari dan yuran braket semasa ditunjukkan di volum dagangan dan kad caj.


Bagaimana ia berfungsi?

Mari gunakan seseorang bernama Aaron sebagai contoh.

Aaron mendagangkan BTC/MYR. Jumlah keseluruhan Bitcoin yang dibeli dan dijual di Luno Exchange sepanjang 30 hari yang lepas ialah 85 unit Bitcoin.

Apabila beliau meletakkan taker order yang dilaksanakan dengan cepat, beliau akan dicaj sebanyak 0.75%. Apabila beliau meletakkan maker order yang masih belum selesai di buku pesanan, beliau akan dicaj 0.00%.

Aaron sekarang berdagang dengan 30 unit Bitcoin. Pada tengah malam, volum dagangan Aaron selama 30 hari akan dikira semula oleh sistem dan jumlah sebenarnya adalah 115 unit Bitcoin. Esoknya, caj akan berlainan daripada sebelumnya.

Apabila dia meletakkan taker order yang dilaksanakan dengan cepat, Aaron akan dicaj sebanyak 0.50%. Apabila dia meletakan pesanan maker yang masih belum selesai di buku pesanan, yang mana akan dikira nanti, beliau akan dicaj sebanyak 0.00%.

Pada tengah malam, volum dagangan Aaron selama 30 hari akan dikira semula.

Luno Exchange, pesanan had, struktur caj maker dan taker adalah untuk pedagang yang mahu menjual dan membeli jumlah Bitcoin yang besar. Untuk pengguna yang membeli kurang daripada 10 unit Bitcoin sebulan, pelanggan digalakkan membeli matawang kripto daripada baki dompet matawang tempatan.

Tip

Untuk lebih maklumat tentang caj yang dikenakan apabila membeli matawang kripto, layari Pusat bantuan kami.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?