
Adakah ini terpakai pada saya?
Hanya jika akaun Luno anda disahkan di Indonesia, Malaysia, atau Singapore.
Sebab mengapa kami memberikan soalan-soalan ini apabila anda menghantar kripto ialah kerana pematuhan Luno terhadap undang-undang Travel Rule.
Apa itu Travel Rule?
Dalam beberapa tahun kebelakangan, terdapat peningkatan dramatik terhadap pelaburan matawang kripto. Hasilnya, pengawal selia sekarang menetapkan pengawasan mereka terhadap pembangunan kripto yang pesat di sudut industri servis kewangan.
The Financial Action Task Force (FATF), badan inter-kerajaan bebas yang membangunkan dan mempromosikan polisi terhadap Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dan Peperangan Pembiayaan Pengganas (CFT), telah melebarkan undang-undang Travel Rule terhadap industri kripto.
Tip
Jika anda ingin mengetahui lagi mengenai Travel Rule, kami telah menyediakan satu hantaran blog yang menerangkan apa itu Travel Rule dengan lebih terperinci.
Boleh terangkan lagi mengenai Travel Rule?
Travel Rule memerlukan kami mendapatkan beberapa maklumat tertentu mengenai transaksi dan individu atau syarikat / entiti sah penerima kripto. Kami melakukannya dengan cara bertanyakan terus kepada individu tersebut atau melalui entiti Penyedia Perkhidmatan Aset Digital (VASP).
Apabila anda menghantar kripto, kami akan berkongsi arahan pembayaran dengan VASP yang lain. Arahan ini akan mengandungi maklumat yang diberikan oleh anda mengenai penerima, dan juga maklumat tertentu mengenai anda (nama anda, alamat anda dan nombor kad pengenalan). Perkongsian maklumat ini dinyatakan pada Polisi Privasi Luno.
VASP? Apa tu?
VASP ialah panggilan ‘fancy’ di platform kripto. VASP merujuk kepada perniagaan yang memberi kemudahan di bawah kepada pelanggan mereka:
Tukaran di antara matawang fiat dan kripto
Tukaran di antara jenis kripto yang berbeza
Simpan kripto
Dan penyediaan perkhidmatan kewangan yang berkaitan dengan pengeluaran dan/atau penjualan kripto
Dan penyediaan perkhidmatan kewangan yang berkaitan dengan pengeluaran dan/atau penjualan kripto
Luno ialah VASP.

OK.. jadi apa yang perlu dilakukan apabila saya menghantar kripto?
Apabila menghantar kripto, kami akan meminta anda untuk membuat pengesahan jika:
Alamat untuk dihantar adalah kepunyaan anda
Atau alamat tersebut kepunyaan individu lain
Nota
Jika alamat hantar ialah kepunyaan individu lain, kami akan meminta anda untuk memberikan sedikit maklumat mengenai penerima:
Jika anda menghantar kepada individu, anda perlu berkongsi nama penuh dan warganegara
Jika anda menghantar ke entiti syarikat, anda perlu berkongsi nama penuh syarikat seperti yang didaftarkan
Dalam sesetengah kes, kami juga akan meminta anda untuk menyediakan tarikh lahir, negara tempat tinggal atau negara ditubuhkan (jika relevan)
Pastikan anda mendapat maklumat yang tepat terus daripada penerima apabila mengisi maklumat ini.
Anda juga perlu menyediakan:
Nama VASP, iaitu alamat dipegang oleh tukaran atau platform kripto lain
Atau nama penyedia dompet, iaitu alamat ialah alamat dompet peribadi
Nota
Tidak pasti apa perbezaannya? Alamat yang dipegang oleh tukaran atau platform kripto lain bermaksud alamat tersebut dipegang di atas nama anda (atau nama penerima) oleh platform lain seperti tukaran lain, yang akan memegang kunci peribadi bagi pihak anda.
Alamat peribadi pula ialah dompet yang anda cipta sendiri dan anda memegang sendiri kunci peribadi. Contohnya adalah hardware wallet (seperti Trezor) atau web wallet (seperti Metamask). Jika anda tidak pasti, kami galakkan anda untuk bertanya kepada penerima kripto anda.
Senarai VASP yang boleh dihantar
Demi kepatuhan undang-undang Travel Rule, Luno hanya akan melaksanakan hantaran ke VASP yang telah diluluskan oleh Luno sendiri. Anda boleh menyemak senarai VASP yang boleh dihantar pada jadual di bawah. Pasukan pematuhan kami akan terus mengemas kini senarai tersebut dari masa ke semasa.
Nota
Untuk mengelakkan kelewatan dengan transaksi hantar anda, pastikan anda memasukkan nama VASP yang tepat seperti yang disenaraikan di bawah.
VASP yang Diluluskan (dipisahkan dengan koma)
Aarna Capital Limited, ABCC exchange, Alphabit Consulting PTE limited, Amber Group, Apifiny Asset Network Inc, Archax, ATON, Auxilium BV
B2C2, Bankhaus von der Heydt, Binance, Bitbuy, Bitcoin Suisse, Bitfinex, Bitget, Bithumb, Bitkub, Bitmama, BitMart, BITPESA, BitPreco, Bitso, Bitstamp, Bittrex, Bitwave, Bitxmi, Bityard, Blockchain.com, Blockfi, BlocPal, BTC Markets, Busha, Buttonwood, Bybit
Daenerys & Co., Deodi, DEX, Diginex, Digital Assets Exchange, Digital Treasures Center, DigitalMint
Emerald Point, Eqonex, eToro
Fabriik Markets, Finblox, Fintonia, Finxflo, Freeda
Ganten Trustees Ltd., Genesis, Gravitas International Associates Pte Ltd
Hex Trust Limited, hi Technologies Limited, HitBTC, Hodlnaut, Huobi
Independent Reserve, Indodax, Intellect Market Pte. Ltd
K & L Capital Limited, KOSCOM
LCX, Liquid, LMAX Digital, LocalBitcoins, Luno
Matrix, Matrixport, MidChains, Mirha Traders, Moon Pay, MX Exchange, MXGlobal Sdn Bhd, MYPATRICIA
Newealth, northstake
OctaFX, OKCoin, OKX, Onchain Custodian, OSL
Paxful, Payable, PDAX, Phemex, Poloniex, Presto Labs, Primeblock Ventures
QCP Capital, Quidax
Remitano, RioStox
Safello, SilverAG Pte Ltd, SINEGY, Sparrow Exchange, Stablehouse, Stakely, Swag OÜ, Symbridge LLC
Tether, Tokenize Technology, Tokenize Xchange, Tokyohash, Trillion Digital Assets, Trustody GmbH
Upbit
Valr, VNX Commodities AG
WhiteBIT, Wirex
XBTO International Ltd, xfers
Yorlet
Zebpay, Zipmex
Akhir sekali
Luno komited untuk mengekalkan piawaian tertinggi dalam menuruti undang-undang AML dan CFT, oleh itu, apabila pematuhan Travel Rule diperlukan oleh undang-undang di negara yang disokong, kami perlu mendapatkan maklumat daripada anda supaya kami boleh terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.
Kawal selia mungkin kadang kala dirasakan sedikit sukar, tetapi akhirnya, ia akan membantu mencipta ruang yang selamat untuk anda menyimpan, beli, hantar dan jual matawang kripto.