Saya menghantar matawang kripto daripada Binance ke Luno. Rangkaian pindahan (transfer network) apakah yang perlu digunakan?

Apabila anda menghantar matawang kripto daripada Binance ke alamat dompet terima Luno, sila sentiasa pilih rangkaian pindahan (transfer network) yang tepat.

Binance mencipta rantaian blok (rangkaian pindahan) mereka sendiri kepada pelanggan untuk menghantar kripto dengan cepat dengan Binance Chain (BNB) dan Binance Smart Chain (BSC) (token BEP20/BEP2).

Rantaian blok ini tidak disepadukan dengan platform Luno, oleh itu kami tidak mempunyai akses kepadanya. Jika anda menghantar kripto daripada Binance ke Luno menggunakan salah satu daripada kedua-duanya (BNB atau BSC), kami tidak dapat mengakses wang dan kembalikan kepada anda. Wang anda akan hilang.

Berikut adalah rangkaian yang tepat untuk digunakan apabila menghantar kripto daripada Binance ke Luno.


KOIN

RANGKAIAN PINDAHAN TEPAT

 Avalanche (AVAX)

C-Chain

 Bitcoin (BTC)

BTC

 Bitcoin Cash (BCH)

BCH

 Cardano (ADA)

Cardano

 Chainlink (LINK)

ERC20

 Ethereum (ETH)

ERC20

 Litecoin (LTC)

LTC

 Ripple (XRP)

XRP

 Solana (SOL)

Solana

 Uniswap (UNI)

ERC20

Nota

Koin kripto yang disenaraikan di atas adalah koin yang hanya disokong oleh Luno. Jika anda menghantar koin lain ke Luno, wang anda akan hilang. Sila pastikan anda menghantar koin kripto yang betul ke dompet Luno anda, contohnya, BTC ke dompet Bitcoin, ETH ke dompet Ethereum dan seterusnya.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?