
Soalan yang sering ditanya oleh pelabur kripto baru ialah: “matawang kripto apa yang perlu saya beli?” Terdapat beribu-ribu matawang kripto di luar sana, dan walaupun kami di Luno telahpun menyenaraikan koin-koin yang telah melalui pelbagai semakan keselamatan, masih ramai lagi yang sukar memilih koin apakah yang paling sesuai.
Jadi, berbanding dari memilih satu sahaja matawang kripto, mungkin anda ingin mencuba pembelian kombo koin. Dengan satu transaksi, anda boleh membeli semua syiling kami yang disokong dengan yuran yang dikurangkan.
Terdapat tiga cara untuk melabur dengan kombo koin:
Cara-cara
Pada skrin Dompet anda, pilih BELI
-
Pilih kombinasi koin yang anda ingin beli:
Labur pada koin yang paling banyak didagangkan. Pelaburan anda akan dibahagikan secara sama rata pada semua koin.

Pelbagaikan portfolio anda dengan melabur amaun yang sama rata pada semua koin yang ditawarkan.

Pelbagaikan dan uruskan portfolio anda dengan melabur pada koin pilihan anda.
Pelaburan anda akan dibahagikan secara sama rata pada koin yang dipilih.

Masukkan jumlah besar yang ingin dibayar, kemudian pilih SETERUSNYA
Semak amaun dan caj, kemudian pilih SAHKAN untuk teruskan
Jika anda menggunakan aplikasi, masukkan PIN Luno anda
Berjaya! Anda telah membeli kombinasi koin pertama anda. Matawang-matawang kripto yang telah dibeli akan dipaparkan pada dompet kripto masing-masing, pada bahagian PELABURAN ANDA di skrin Dompet.

Soalan lazim
Jika anda ingin melabur dalam pelbagai matawang kripto, ini merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkannya serentak, berbanding anda perlu meluangkan lebih banyak masa untuk membeli setiap koin secara individu.
Caj yang dikenakan untuk pembelian pelbagai koin juga lebih murah berbanding dengan caj yang dikenakan untuk pembelian koin individu.
Caj perkhidmatan yang diterima adalah lebih rendah berbanding dari caj standard beli/jual di negara anda. Ini bermaksud:
Di Malaysia, anda akan dikenakan caj sebanyak 1.75%
Di Indonesia, anda akan dikenakan caj sebanyak 0.95%
Di Nigeria, anda akan dikenakan caj sebanyak 1.75%
Di Afrika Selatan, anda akan dikenakan caj sebanyak 1.75%
Di UK, anda akan dikenakan caj sebanyak 1.25%
Amaun caj yang tepat, dan jumlah besar untuk pembelian koin akan dipaparkan kepada anda terlebih dahulu sebelum anda mengesahkan transaksi.
Malaysia
- Minimum: RM1 (bagi setiap koin yang ada dalam kombo)
- Maksimum: RM400,000
Indonesia
- Minimum: Rp15,000 (bagi setiap koin yang ada dalam kombo)
- Maksimum: Rp120,000,000
Nigeria
- Minimum: ₦50 (bagi setiap koin yang ada dalam kombo)
- Maksimum: ₦3,600,000
Afrika Selatan
- Minimum: R1 (bagi setiap koin yang ada dalam kombo)
- Maksimum: R1,500,000
United Kingdom
- Minimum: £1 (bagi setiap koin yang ada dalam kombo)
- Maksimum: £100,000
Anda boleh baca lagi mengenai matawang disokong Luno di Pengenalan kripto, atau lawati blog Luno Discover untuk meneroka lebih banyak topik-topik kripto.
Sebaik sahaja caj dipotong, baki amaun akan dibahagikan secara sama rata kepada setiap koin.
Selepas anda membeli koin, ia akan dipaparkan pada dompet-dompet kripto yang berkenaan pada skrin Dompet anda. Anda akan melihat Bitcoin anda pada dompet BTC, Ethereum pada dompet ETH, dan sebagainya. Jika anda masih lagi belum mencipta dompet kripto untuk koin-koin ini, dompet yang berkenaan akan dicipta secara automatik untuk anda.
Untuk masa sekarang, anda hanya boleh membeli pelbagai koin serentak menggunakan wang daripada dompet matawang tempatan anda. Anda perlu membuat deposit wang ke dalam dompet mata wang tempatan anda terlebih dahulu sebelum anda membeli.
Walaupun anda boleh membeli koin-koin ini serentak, anda perlu menjual setiap matawang kripto secara individu. Apabila anda bersedia untuk menjual koin, pergi ke skrin Dompet dan pilih JUAL. Pilih kripto yang ingin dibeli dan selesai.
Tip
Anda boleh belajar lagi mengenai penjualan kripto di sini.