Berapa lama tempoh yang diambil untuk memproses pengeluaran wang?

Tempoh masa permintan pengeluaran anda diproses di Luno adalah bergantung pada negara atau kawasan. Tempoh masa yang diperlukan bagi wang anda untuk sampai ke akaun anda pula bergantung pada bank anda.

Ingat

Apabila anda membuat permintaan pengeluaran dari Luno, sila pastikan yang maklumat akaun anda telah dikemaskini dan tepat. Juga, akaun bank yang digunakan untuk permintaan pengeluaran mestilah milik anda sendiri.

Tip

Ketahui lagi tentang cara mengemaskini akaun bank anda di Luno.

Pengeluaran diproses berdasarkan jadual di bawah. Kami akan menghantar emel notifikasi apabila permintaan pengeluaran anda berjaya dan wang dimasukkan ke dalam akaun bank anda.


Waktu pemprosesan pengeluaran di Luno


Di Australia, pengeluaran diproses secara automatik.

Waktu pemprosesan pengeluaran 

Anggaran masa penerimaan wang

08:00 hingga 19:00, Isnin hingga Jumaat

Sehingga 24 jam selepas pengeluaran anda diproses


Nota

Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.

Di Eropah, pengeluaran diproses secara automatik.

Waktu pemprosesan pengeluaran 

Anggaran masa penerimaan wang

06:30 hingga 15:00, Isnin hingga Jumaat

Sehingga 24 jam selepas pengeluaran anda diproses


Nota

Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.

Di Indonesia, pengeluaran diproses secara automatik.

Waktu pemprosesan pengeluaran 

Anggaran masa penerimaan wang

24 jam sehari, 7 hari seminggu

Sehingga 24 jam selepas pengeluaran anda diproses


*Pemprosesan 24/7

  • Pemprosesan 24/5 tersedia untuk pengeluaran ke BCA, CIMB, BNI, BRI, Mandiri dan Danamon.

  • Bagi pengeluaran ke Bank Permata, pemprosesan 24/7 tersedia bagi pengeluaran yang sama atau kurang dari 25 juta IDR.

  • Bagi pengeluaran ke bank lain, pemprosesan 24/7 tersedia bagi permintaan yang sama atau kurang dari 50 juta IDR.

  • Permintaan lain akan diproses dari 9:00 Isnin hingga 13:00 Jumaat (tidak termasuk hari minggu) dan akan mengambil sehingga 1 hingga 2 hari bekerja untuk dipaparkan pada akaun bank anda. Sila jangkakan kelewatan jika anda membuat

Nota

Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.

Di Malaysia, pengeluaran diproses secara manual, dari Isnin sehingga Jumaat, kecuali hari cuti umum.

Ingat

Anda perlu membuat permintaan pengeluaran sebelum cut-off time untuk memastikan permintaan anda diproses pada masa pelepasan. Sila ambil maklum mengenai waktu pindahan bank GIRO normal sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda.

Cut-off time bagi pemprosesan pengeluaran Luno

Anggaran masa penerimaan wang

10:00

Sebelum 17:00 pada hari yang sama

12:00

Sebelum 20:20 pada hari yang sama

15:45

Sebelum 23:00 pada hari yang sama

Jika selepas 15:45

Sebelum 17:00 pada hari bekerja seterusnya


Contoh:

  • Jika Aaron membuat permintaan untuk mengeluarkan MYR dari Luno pada 09:30, Isnin, dia dijangka akan menerima wangnya pada 17:00, hari yang sama.

  • Jika Aaron membuat permintaan untuk mengeluarkan MYR dari Luno pada 09:30, Sabtu atau Ahad, dia dijangka akan menerima wangnya pada 17:00, hari Isnin seterusnya.

  • Jika Aaron membuat permintaan untuk mengeluarkan MYR dari Luno pada 09:30, cuti umum, dia dijangka akan menerima wangnya pada 17:00, hari bekerja seterusnya.


Peranan pemegang amanah dan pindahan GIRO

Selari dengan kawal selia yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, pemegang amanah memainkan peranan yang penting dalam memastikan wang pelanggan kami disimpan dengan selamat dan dilindungi apabila menggunakan platform kami. Semua permintaan pengeluaran memerlukan pengesahan akhir dari pemegang amanah sebelum pengeluaran anda diproses melalui pindahan GIRO (bukan Pindahan Segera).

Oleh itu, setelah pengeluaran anda diproses pada waktu pelepasan, pindahan tidak bersifat segera dan akan mengambil sedikit masa untuk pembayaran tersebut dipaparkan pada akaun bank anda - bergantung pada masa pemprosesan GIRO dan antara bank. Anda boleh menjangkakan untuk menerima pengeluaran anda pada hari yang sama jika anda membuat permintaan pengeluaran sebelum 3.45PM pada hari yang sama.

Nota

Jika anda tidak menerima wang anda lebih dari dua hari bekerja selepas ia diproses, hubungi pasukan bantuan kami dengan penyata bank atau tangkap layar transaksi bank anda untuk pertolongan.

Di Nigeria, pengeluaran diproses secara automatik.

Waktu pemprosesan pengeluaran 

Anggaran masa penerimaan wang

24 jam sehari, 7 hari seminggu

Sehingga 24 jam selepas pengeluaran anda diproses


Nota

Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.

Di Singapura, pengeluaran diproses secara automatik.

Waktu pemprosesan pengeluaran 

Anggaran masa penerimaan wang

24 jam sehari, 7 hari seminggu

Sehingga 24 jam selepas pengeluaran anda diproses


Nota

Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.

Di Afrika Selatan, pengeluaran diproses secara automatik.

Ke akaun Standard Bank:

Waktu pemprosesan pengeluaran 

Anggaran masa penerimaan wang

08:00 hingga 17:45, Isnin hingga Sabtu

Sehingga 24 jam selepas pengeluaran anda diproses


Ke bank lain:

Waktu pemprosesan pengeluaran 

Anggaran masa penerimaan wang

08:00 hingga 15:45, Isnin hingga Jumaat

08:00 hingga 09:45, pada hari Sabtu

Sehingga 48 jam selepas pengeluaran anda diproses


Nota

Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.

Di Uganda, pengeluaran diproses secara manual, dari Isnin sehingga Jumaat, kecuali hari cuti umum.

Akaun Stanic ke Stanic:

Waktu pemprosesan pengeluaran 

Anggaran masa penerimaan wang

08:00

12:00

15:00

Pada hari yang sama


Ke bank lain:

Waktu pemprosesan pengeluaran 

Anggaran masa penerimaan wang

08:00

12:00

15:00

Sehingga 48 jam selepas pengeluaran anda diproses


Ingat

Anda perlu membuat permintaan pengeluaran sebelum cut-off time untuk diproses pada tempoh pelepasan.

Nota

Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.

Di United Kingdom, pengeluaran diproses secara automatik.

Waktu pemprosesan pengeluaran 

Anggaran masa penerimaan wang

24 jam sehari, Isnin hingga Sabtu

Sehingga 24 jam selepas pengeluaran anda diproses


Nota

Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.

Di Amerika Syarikat, pengeluaran diproses secara automatik.

Waktu pemprosesan pengeluaran 

Anggaran masa penerimaan wang

16:30, Isnin hingga Jumaat

Sehingga 24 jam selepas pengeluaran anda diproses


Nota

Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.


Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?