Tempoh masa permintan pengeluaran anda diproses di Luno adalah bergantung pada negara atau kawasan. Tempoh masa yang diperlukan bagi wang anda untuk sampai ke akaun anda pula bergantung pada bank anda.
Ingat
Apabila anda membuat permintaan pengeluaran dari Luno, sila pastikan yang maklumat akaun anda telah dikemaskini dan tepat. Juga, akaun bank yang digunakan untuk permintaan pengeluaran mestilah milik anda sendiri.
Tip
Ketahui lagi tentang cara mengemaskini akaun bank anda di Luno.
Pengeluaran diproses berdasarkan jadual di bawah. Kami akan menghantar emel notifikasi apabila permintaan pengeluaran anda berjaya dan wang dimasukkan ke dalam akaun bank anda.
Waktu pemprosesan pengeluaran di Luno
Di Australia, pengeluaran diproses secara automatik.
Waktu pemprosesan pengeluaran |
Anggaran masa penerimaan wang |
08:00 hingga 19:00, Isnin hingga Jumaat |
Sehingga 24 jam selepas pengeluaran anda diproses |
Nota
Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.
Di Eropah, pengeluaran diproses secara automatik.
Waktu pemprosesan pengeluaran |
Anggaran masa penerimaan wang |
06:30 hingga 15:00, Isnin hingga Jumaat |
Sehingga 24 jam selepas pengeluaran anda diproses |
Nota
Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.
Di Indonesia, pengeluaran diproses secara automatik.
Waktu pemprosesan pengeluaran |
Anggaran masa penerimaan wang |
24 jam sehari, 7 hari seminggu |
Sehingga 24 jam selepas pengeluaran anda diproses |
*Pemprosesan 24/7
Pemprosesan 24/5 tersedia untuk pengeluaran ke BCA, CIMB, BNI, BRI, Mandiri dan Danamon.
Bagi pengeluaran ke Bank Permata, pemprosesan 24/7 tersedia bagi pengeluaran yang sama atau kurang dari 25 juta IDR.
Bagi pengeluaran ke bank lain, pemprosesan 24/7 tersedia bagi permintaan yang sama atau kurang dari 50 juta IDR.
Permintaan lain akan diproses dari 9:00 Isnin hingga 13:00 Jumaat (tidak termasuk hari minggu) dan akan mengambil sehingga 1 hingga 2 hari bekerja untuk dipaparkan pada akaun bank anda. Sila jangkakan kelewatan jika anda membuat
Nota
Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.
Di Malaysia, pengeluaran diproses secara manual, dari Isnin sehingga Jumaat, kecuali hari cuti umum.
Ingat
Anda perlu membuat permintaan pengeluaran sebelum cut-off time untuk memastikan permintaan anda diproses pada masa pelepasan. Sila ambil maklum mengenai waktu pindahan bank GIRO normal sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda.
Cut-off time bagi pemprosesan pengeluaran Luno |
Anggaran masa penerimaan wang |
10:00 |
Sebelum 17:00 pada hari yang sama |
12:00 |
Sebelum 20:20 pada hari yang sama |
15:45 |
Sebelum 23:00 pada hari yang sama |
Jika selepas 15:45 |
Sebelum 17:00 pada hari bekerja seterusnya |
Contoh:
Jika Aaron membuat permintaan untuk mengeluarkan MYR dari Luno pada 09:30, Isnin, dia dijangka akan menerima wangnya pada 17:00, hari yang sama.
Jika Aaron membuat permintaan untuk mengeluarkan MYR dari Luno pada 09:30, Sabtu atau Ahad, dia dijangka akan menerima wangnya pada 17:00, hari Isnin seterusnya.
Jika Aaron membuat permintaan untuk mengeluarkan MYR dari Luno pada 09:30, cuti umum, dia dijangka akan menerima wangnya pada 17:00, hari bekerja seterusnya.
Peranan pemegang amanah dan pindahan GIRO
Selari dengan kawal selia yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, pemegang amanah memainkan peranan yang penting dalam memastikan wang pelanggan kami disimpan dengan selamat dan dilindungi apabila menggunakan platform kami. Semua permintaan pengeluaran memerlukan pengesahan akhir dari pemegang amanah sebelum pengeluaran anda diproses melalui pindahan GIRO (bukan Pindahan Segera).
Oleh itu, setelah pengeluaran anda diproses pada waktu pelepasan, pindahan tidak bersifat segera dan akan mengambil sedikit masa untuk pembayaran tersebut dipaparkan pada akaun bank anda - bergantung pada masa pemprosesan GIRO dan antara bank. Anda boleh menjangkakan untuk menerima pengeluaran anda pada hari yang sama jika anda membuat permintaan pengeluaran sebelum 3.45PM pada hari yang sama.
Nota
Jika anda tidak menerima wang anda lebih dari dua hari bekerja selepas ia diproses, hubungi pasukan bantuan kami dengan penyata bank atau tangkap layar transaksi bank anda untuk pertolongan.
Di Nigeria, pengeluaran diproses secara automatik.
Waktu pemprosesan pengeluaran |
Anggaran masa penerimaan wang |
24 jam sehari, 7 hari seminggu |
Sehingga 24 jam selepas pengeluaran anda diproses |
Nota
Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.
Di Singapura, pengeluaran diproses secara automatik.
Waktu pemprosesan pengeluaran |
Anggaran masa penerimaan wang |
24 jam sehari, 7 hari seminggu |
Sehingga 24 jam selepas pengeluaran anda diproses |
Nota
Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.
Di Afrika Selatan, pengeluaran diproses secara automatik.
Ke akaun Standard Bank:
Waktu pemprosesan pengeluaran |
Anggaran masa penerimaan wang |
08:00 hingga 17:45, Isnin hingga Sabtu |
Sehingga 24 jam selepas pengeluaran anda diproses |
Ke bank lain:
Waktu pemprosesan pengeluaran |
Anggaran masa penerimaan wang |
|
08:00 hingga 15:45, Isnin hingga Jumaat 08:00 hingga 09:45, pada hari Sabtu |
Sehingga 48 jam selepas pengeluaran anda diproses |
Nota
Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.
Di Uganda, pengeluaran diproses secara manual, dari Isnin sehingga Jumaat, kecuali hari cuti umum.
Akaun Stanic ke Stanic:
Waktu pemprosesan pengeluaran |
Anggaran masa penerimaan wang |
|
08:00 12:00 15:00 |
Pada hari yang sama |
Ke bank lain:
Waktu pemprosesan pengeluaran |
Anggaran masa penerimaan wang |
|
08:00 12:00 15:00 |
Sehingga 48 jam selepas pengeluaran anda diproses |
Ingat
Anda perlu membuat permintaan pengeluaran sebelum cut-off time untuk diproses pada tempoh pelepasan.
Nota
Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.
Di United Kingdom, pengeluaran diproses secara automatik.
Waktu pemprosesan pengeluaran |
Anggaran masa penerimaan wang |
24 jam sehari, Isnin hingga Sabtu |
Sehingga 24 jam selepas pengeluaran anda diproses |
Nota
Sila ambil maklum mengenai tempoh normal bagi pindahan bank sebelum anda membuat jangkaan bila anda akan menerima wang pada akaun anda. Kadang-kala proses ini akan mengambil masa beberapa hari dan proses ini adalah di luar kawalan kami.
Di Amerika Syarikat, pengeluaran diproses secara automatik.
Waktu pemprosesan pengeluaran |
Anggaran masa penerimaan wang |
16:30, Isnin hingga Jumaat |