
Dalam artikel ini, anda akan belajar bagaimana untuk menerima matawang kripto ke dompet Luno anda ke dompet lain.
Anda boleh menerima matawang kripto dengan menyediakan pengirim dengan salah satu maklumat berikut:
Alamat dompet
Kod QR
Cara-cara
Log masuk aplikasi Luno
Pilih Dompet dari menu
Tekan TERIMA
Pilih Cipta alamat terima
Pilih matawang kripto untuk alamat tersebut
Namakan alamat terima tersebut dan tekan CIPTA
Baca penafian dan pilih FAHAM
Imbas kod QR atau pilih ikon salin untuk berkongsi alamat terima anda dengan individu yang ingin menghantar kripto kepada anda
Berjaya! Kini anda boleh menerima bayaran kripto ke alamat dompet yang telah dicipta.

Amaran: hantar matawang yang betul ke alamat terima yang tepat
Anda cuma boleh menerima Ethereum (ETH) pada dompet Ethereum anda sahaja dan anda cuma boleh menerima Bitcoin (BTC) ke dompet Bitcoin sahaja.
Nota
Matawang kripto yang berbeza adalah tidak sepadan dengan alamat terima lain. Jika anda, contohnya, menghantar Ethereum Classic (ETC) ke alamat terima Ethereum (ETH) anda, wang akan hilang. Wang juga akan hilang jika anda menghantar Bitcoin Cash (BCH) ke alamat terima Bitcoin (BTC).
Berapa lama tempoh diambil untuk menerima matawang kripto?
Baca artikel Pusat Bantuan kami untuk mengetahui lagi mengenai berapa lama tempoh diambil untuk menerima matawang kripto.
Apakah caj untuk menerima matawang kripto?
Lawati halaman Caj dan Had untuk mengetahui langi mengenai caj yang dikenakan apabila menerima matawang kripto.