Berapa lamakah tempoh untuk menerima matawang kripto dengan Luno?

Dalam artikel ini, anda akan belajar bagaimana untuk menerima matawang kripto ke dompet Luno anda ke dompet lain.

Anda boleh menerima matawang kripto dengan menyediakan pengirim dengan salah satu maklumat berikut:

  • Alamat dompet

  • Kod QR


Cara-cara

  1. Log masuk aplikasi Luno

  2. Pilih Dompet dari menu

  3. Tekan TERIMA

  4. Pilih Cipta alamat terima

  5. Pilih matawang kripto untuk alamat tersebut

  6. Namakan alamat terima tersebut dan tekan CIPTA

  7. Baca penafian dan pilih FAHAM

  8. Imbas kod QR atau pilih ikon salin untuk berkongsi alamat terima anda dengan individu yang ingin menghantar kripto kepada anda

Berjaya! Kini anda boleh menerima bayaran kripto ke alamat dompet yang telah dicipta.

Amaran: hantar matawang yang betul ke alamat terima yang tepat

Anda cuma boleh menerima Ethereum (ETH) pada dompet Ethereum anda sahaja dan anda cuma boleh menerima Bitcoin (BTC) ke dompet Bitcoin sahaja.

Nota

Matawang kripto yang berbeza adalah tidak sepadan dengan alamat terima lain. Jika anda, contohnya, menghantar Ethereum Classic (ETC) ke alamat terima Ethereum (ETH) anda, wang akan hilang. Wang juga akan hilang jika anda menghantar Bitcoin Cash (BCH) ke alamat terima Bitcoin (BTC).


Berapa lama tempoh diambil untuk menerima matawang kripto?

Baca artikel Pusat Bantuan kami untuk mengetahui lagi mengenai berapa lama tempoh diambil untuk menerima matawang kripto.


Apakah caj untuk menerima matawang kripto?

Lawati halaman Caj dan Had untuk mengetahui langi mengenai caj yang dikenakan apabila menerima matawang kripto.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?