Bagaimana untuk menghantar Bitcoin dengan percuma?

Nota

Fungsi ini akan dihentikan untuk seketika. Buat masa ini, anda hanya boleh menghantar kripto ke alamat matawang kripto sah. Untuk mengetahui lebih lagi, semak artikel ini.

Penghantaran ke alamat matawang kripto biasanya agak mahal kerana caj melombong rantaian blok dikenakan dan proses penghantaran boleh mengambil sedikit masa jika rangkaian sesak. Oleh sebab itu, kami telah mencipta satu kaedah yang tidak menggunakan rangkaian rantaian blok,membenarkan anda untuk menghantar Bitcoin secara percuma kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Luno.


Cara-cara

  1. Log masuk aplikasi Luno
  2. Pilih Dompet, kemudian dompet Bitcoin (BTC) anda dan Hantar
  3. Masukkan emel atau nombor telefon penerima (atau pilih dari kenalan)
  4. Masukkan amaun yang ingin dihantar (dalam BTC atau matawang tempatan)
  5. Masukkan mesej rujukan kepada penerima, kemudian semak transaksi tersebut
  6. Masukkan kod pengesahan dua-faktor atau PIN (jika perlu, bergantung pada peranti dan tetapan anda)

Pastikan anda

  • Jika anda menghantar ke individu yang merupakan pelanggan Luno, mereka akan mendapat Bitcoin tersebut dengan segera.

  • Jika anda menghantar kepada individu yang bukan pelanggan Luno, mereka akan menerima notifikasi mengenai Bitcoin yang dihantar, mesej anda dan paparan untuk daftar. Jika mereka tidak menerima jemputan anda dalam tempoh 14 hari, Bitcoin tersebut akan dipulangkan ke dompet anda.

  • Jika penerima belum menebus Bitcoin yang dihantar oleh anda, anda juga boleh membatalkan transaksi melalui aplikasi Luno.

Nota

Terdapat pelbagai kaedah untuk menghantar Bitcoin dengan Luno, dan ada sesetengah kaedah dikenakan caj. Anda boleh baca lagi mengenai struktur caj di sini.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?