Bagaimana untuk menukar satu matawang kripto kepada satu matawang kripto yang lain?

Jika anda mahu menukar matawang kripto anda daripada satu koin ke satu koin lain, anda perlu menjualnya.


Cara-cara

Langkah 1: Cipta dompet bagi koin baru anda

Jika anda belum berbuat demikian, anda perlu membuat dompet kripto terlebih dahulu untuk syiling yang ingin anda tukar.

Sebagai contoh, anda mempunyai Bitcoin dalam dompet BTC anda, dan anda ingin menukarnya kepada Ethereum (ETH). Langkah pertama ialah menambah dompet Ethereum.

  1. Log masuk ke akaun Luno anda dan pilih Bina Portfolio

  2. Pada skrin Pilih pelaburan pilih Buat dompet kripto

  3. Pada skrin Pilih dompet, pilih dompet kripto yang anda ingin buat

  4. Kemudian, pilih BUAT WALLET

  5. Sebaik sahaja anda telah mencipta dompet anda, ia akan dipaparkan di bawah pengepala Jumlah kripto yang boleh dilipat pada skrin Dompet utama


Langkah 2: Jual matawang kripto anda untuk mendapatkan koin baharu

Sekarang anda telah berjaya mencipta dompet matawang kripto baharu (koin yang anda ingin tukar kepada), ikuti langkah dibawah untuk menjual matawang kripto yang anda ingin tukar daripada:

  1. Daripada skrin Dompet, pilih JUAL daripada pilihan di bahagian atas

  2. Pada menu Pilih kripto pilih matawang kripto yang anda ingin jual (matawang yang anda ingin tukar daripada)

  3. Pilih matawang kripto yang anda ingin jual (matawang kripto yang anda ingin tukar kepada)

  4. Masukkan amaun matawang kripto yang anda ingin jual, kemudian tekan SETERUSNYA

  5. Anda akan dipaparkan skrin yang menunjukkan maklumat transaksi anda. Tekan SAHKAN ijika anda berpuas hati untuk teruskan.

  6. Jika anda menggunakan aplikasi Luno, anda pelu memasukkan nombor PIN Luno anda untuk mengesahkan transaksi.

Berjaya! Anda telah ‘menukar’ matawang kripto anda dengan kaedah menjual satu koin ke koin lain.


Soalan Lazim

Ya, kami akan memaparkan caj perkhidmatan sebelum anda mengesahkan transaksi. Ini termasuklah risiko kami terhadap perubahan harga yang berubah di antara masa anda memasukkan amaun yang ingin anda jual dengan masa anda mengesahkan transaksi. Ketahui lebih lanjut mengenai caj kami di sini.

Apabila anda menjual matawang kripto, beberapa had dikenakan. Anda hendaklah memastikan yang anda menjual pada amaun di atas had minimum dan di bawah had maksimum. Anda boleh semak had minimum dan maksimum bagi semua matawang kami di sini.

Anda cuma boleh memilih daripada matawang kripto yang dompetnya telah dicipta. Untuk mencipta dompet baharu, ikuti langkah di sini.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?