
Kami mungkin akan meminta bukti pembayaran jika deposit anda belum diproses. Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab. Terdapat risiko yang amat kecil bagi anda menggunakan nombor rujukan deposit yang salah. Tanpa rujukan yang betul, proses menjadi sukar untuk pasukan kami untuk mencari deposit anda secara spesifik kerana terdapat beribu deposit yang perlu diproses setiap hari.
Untuk kami mencari deposit anda dan memasukkannya kepada dompet Luno anda, anda perlu memuat naik bukti yang sah pembayaran daripada bank anda. Untuk memudahkan anda, kami telah mengumpulkan satu senarai bagaimana untuk mendapatkan dokumen bukti pembayaran daripada bank yang banyak digunakan di Malaysia.

Log masuk perbankan internet Maybank2U pada pelayar laman web
Pilih Akaun Personal Saver
Pada bahagian Baki Tersedia, pilih Sejarah Semua Transaksi daripada senarai, dan kemudian pilih Urusniaga M2U
Cari transaksi pemindahan bank anda dan tekan ikon Muat Turun di bahagian kanan
Akhir sekali, tekan ikon Muat Turun sekali lagi pada sudut sebelah kanan

Log masuk ke perbankan internet CIMB Clicks pada pelayar laman web anda
Pilih Pembayaran & Pemindahan > Sejarah Urusniaga
Pilih Rujukan pada pemindahan bank yang anda sedang cari
Akhir sekali, pilih '...’ pada bahagian atas kiri, dan tekan PDF untuk memuat turun

Log masuk perbankan internet Pbebank pada pelayar laman web anda
Pilih Akaun > Papar Urusniaga PBe pada panel kiri
Pilih Nombor Akaun > Masa Urusniaga dan minggu > Seterusnya
Pilih Rujukan Urusniaga pada transaksi spesifik yang anda cari
Akhir sekali, pilih Simpan sebagai PDF untuk mendapatkan bukti pembayaran

Log masuk perbankan internet RHB pada pelayar laman web anda
Pilih RHB now
Masukkan Nama, perkataan rahsia dan kata laluan
Daripada panel sisi, tekan Akaun Saya > Sejarah Urusniaga
Akhir sekali, muat turun bukti pembayaran anda di situ

Log masuk perbankan internet Hong Leong Connect pada pelayar laman web anda
Pilih Menu > Sejarah > Urusniaga
Pilih Urusniaga dan Status > Nama penerima
Akhir sekali, tekan Muat turun resit untuk mendapatkan bukti pembayaran

Log masuk ke aplikasi akaun Ambank Online
Pilih Papar Sejarah AmOnline
Pilih Urusniaga yang anda cari
Akhir sekali, tekan ‘…’ pada bahagian kanan dan pilih Muat turun resit