Bagaimana untuk membuat deposit menggunakan pindahan bank di Malaysia?

Jika anda seorang penduduk di Malaysia, telah mendaftar bagi akaun Luno dan mahu membeli matawang kripto – anda perlu mendeposit matawang Ringgit (MYR) dahulu ke dalam dompet Luno anda.

Sebelum anda boleh lakukannya, kami perlu mengesahkan pengenalan diri anda - proses mudah untuk memberitahu kami dimana andalah yang menggunakan akaun anda.

Setelah anda mengikuti semua langkah-langkah untuk mengesahkan pengenalan diri anda, kami akan mengesahkannya dalam tempoh 48 jam, kemudian barulah anda boleh membuat deposit. Panduan ini menerangkan bagaimana untuk membuat deposit pindahan bank secara terus.

Nota

Jika anda mencari kaedah yang lebih pantas untuk menambah wang dalam dompet MYR anda, anda boleh menggunakan pemindahan deposit segera dengan FPX. Ketahui lebih lanjut di sini.


Bagaimana untuk membuat deposit pemindahan bank secara terus?

Untuk membuat deposit pemindahan bank secara terus kepada akaun kami, log masuk akaun Luno anda pada laman web atau aplikasi mudah alih, dan ikut langkah di bawah:

  1. Log masuk ke apl Luno

  2. Pilih Dompet daripada menu

  3. Navigasi ke dompet MYR anda

  4. Pilih DEPOSIT

  5. Pilih Pindahan Bank

  6. Masukkan amaun yang anda mahu mendeposit, dan tekan SETERUSNYA

  7. Sebelum membuat deposit, anda akan melihat penafian. Pilih Saya faham dan mahu teruskan dan TERUSKAN selepas membacanya

  8. Seterusnya, anda akan melihat rujukan BX yang unik, serta butiran akaun Luno

  9. Log masuk ke akaun bank anda dan buat pembayaran anda menggunakan butiran Luno dan rujukan unik anda

  10. Apabila anda selesai, pilih DEPOSIT TELAH DIBUAT pada aplikasi Luno

Berjaya! Anda akan bersedia untuk membeli kripto setelah deposit anda mencerminkan.


Deposit anda akan dipaparkan pada dompet MYR dalam tempoh satu hari bekerja – jika anda mengikuti langkah di bawah dengan betul

  • Masukkan nombor rujukan deposit unik anda (cth: BX123ABCD) pada semua kotak yang perlu diisi seperti "Rujukan Penerima", "Butiran Pembayaran Lain", "Butiran Pembayaran", "Rujukan 1", "Rujukan 2", "Komen", "Mesej"dan sebagainya.

  • Pastikan anda membuat deposit daripada bank akaun peribadi di atas nama anda.

    Nota

    Nama pada akaun bank anda perlu sama sepenuhnya dengan nama pada dokumen pengenalan diri yang anda serahkan.

  • Jangan membuat dua atau lebih deposit dengan amaun yang sama dalam tempoh 24 jam. Jika anda perlu membuat beberapa deposit dalam tempoh 24 jam, cuba beberapa deposit dengan amaun yang sedikit berbeza, walaupun beberapa sen. Contohnya, gunakan MYR 100 untuk deposit pertama, MYR 101 bagi deposit kedua, MYR 102 bagi deposit ketiga dan seterusnya.

  • Gunakan Pindahan Segera apabila membuat pemindahan wang.

  • Cuba untuk tidak membuat deposit daripada akaun bank bersama. Deposit anda berisiko untuk tidak diproses kerana nama yang diberikan oleh bank kepada kami adalah tidak lengkap. Jika anda membuat deposit dan ia tidak diproses disebabkan ini, sila hubungi kami.

Ingat

Jenis deposit yang disenaraikan di bawah adalah tidak diterima, dan apabila kami mempunyai maklumat yang secukupnya, deposit berkenaan akan dipulangkan semula kepada pendeposit:

  • Deposit melalui pihak ketiga (dibuat melalui akaun bank yang bukan diatas nama anda). Ini termasuklah deposit daripada akaun bank syarikat/perniagaan milik anda

  • Deposit tunai dan cek

  • Deposit daripada e-dompet (cth: BigPay)

  • Deposit daripada kad debit atau kredit

  • Deposit yang menggunakan matawang asing, atau deposit daripada akaun bank asing. Kami hanya menerima MYR daripada akaun bank MYR tempatan

Nota

Jika anda telah membuat sebarang deposit di atas, sila hubungi kami secepatnya untuk proses pulangan deposit.


Soalan Lazim

Perkara ini selalunya berlaku jika anda terlepas mana-mana langkah penting yang disenaraikan di atas. Jangan risau, hubungi kami di sini dan kami sedia membantu. Kami memerlukan bukti pembayaran daripada anda untuk memproses deposit anda secara manual ke dalam dompet MYR anda.

Nota

Sila jangan hubungi MTrustee Berhad jika terdapat isu berkaitan dengan deposit anda. Hubungi kami dan pasukan bantuan kami akan membantu menyelesaikan masalah anda.

Ya. Luno akan mengenakan caj pentadbiran sebanyak MYR 0.70 bagi setiap deposit di bawah amaun MYR 100. Tiada caj dikenakan bagi deposit yang bernilai MYR 100 dan ke atas.

Had deposit bergantung kepada tahap pengesahan anda, dan bank anda mungkin juga mempunyai had deposit yang spesifik.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?