Seperti perkhidmatan lain, terdapat beberapa garis panduan asas untuk memautkan akaun bank anda kepada dompet Luno anda:
Deposit perlu dibuat menggunakan akaun bank yang dimiliki oleh individu yang sama dengan pemilik dompet Luno. Contohnya, akaun bank yang digunakan didaftarkan di atas nama anda.
Jangan membuat deposit menggunakan akaun bank milik ahli keluarga atau rakan.
Jika anda mahu menggunakan akaun bank syarikat untuk membuat deposit kepada Luno, sila buat permohonan akaun perniagaan di Luno.
Masukkan nombor rujukan yang betul pada kotak rujukan pembayaran (jika ada).
Deposit anda boleh mengambil masa sehingga dua hari bekerja untuk dipaparkan pada dompet Luno anda. Kami berharap supaya anda bersabar. Jika anda menyedari masa yang diambil untuk proses deposit tersebut telah melebihi dua hari, sila muat naik bukti pembayaran di sini.
Note
Sila ambil maklum bahawa Luno tidak membenarkan deposit antarabangsa. Semua deposit perlu datang daripada akaun bank yang didaftarkan di negara yang sama anda disahkan. Deposit antarabangsa akan dipulangkan semula kepada pendeposit, dan proses ini mungkin akan dikenakan yuran pemulangan. Bank mengenakan yuran ini kerana mereka perlu membuat tukaran di antara dua matawang. Ia bermaksud proses pemulangan ini juga akan memberikan kesan kepada baki yang dipulangkan kepada pendeposit.
Bukti Pembayaran
Bukti pembayaran mestilah memaparkan maklumat berikut:
Nama penuh anda
Amaun deposit
Tarikh deposit
Nombor rujukan yang digunakan pada kotak rujukan penerima (jika ada)
Perkara di bawah tidak diterima sebagai bukti pembayaran:
Mesej bertulis/SMS
Penyata bank
Pemberitahuan bukti pembayaran
Tip
Ini adalah perkara asas dalam membuat deposit, tetapi terdapat banyak lagi maklumat yang tersedia di terma penggunaan kami.