Saya mempunyai akaun Luno tetapi saya telah berhijrah ke negara lain dan mahu menukar matawang. Tolong!

Jika akaun Luno anda disahkan di satu negara, tetapi anda telah berhijrah ke negara lain – dan anda mahu menggunakan dompet matawang tempatan di negara baru anda – di bawah merupakan beberapa langkah untuk meneruskan pelaburan anda.

Untuk tujuan panduan ini, kami akan menggunakan negara contoh: Akaun Luno anda disahkan di Afrika Selatan, tetapi anda telah berhijrah ke Australia. Undang-undang yang sama dikenakan apabila berhijrah di mana-mana negara yang disokong oleh Luno.


Cara-cara

Langkah 1: Kosongkan dompet matawang tempatan anda

Jika anda masih mempunyai wang di dalam dompet matawang tempatan anda (ZAR), anda perlu kosongkan dompet tersebut sebelum akaun anda dapat digunakan di Australia. Ini bermaksud anda perlu:

  1. Keluarkan semua wang daripada dompet ZAR

  2. Beli matawang kripto dengan semua baki wang di dalam dompet ZAR

Pilihan tertakluk kepada anda. Apa yang diperlukan anda perlu mengosongkan baki akaun pada dompet matawang tempatan. Anda tidak perlu mengeluarkan matawang kripto - kosongkan dompet matawang tempatan sahaja.

Nota

Anda tidak boleh mempunyai kedua-dua dompet matawang lama dan matawang baharu serentak. Contohnya, anda tidak boleh mempunyai dompet AUD dan ZAR serentak. Anda cuma boleh memiliki dompet yang berkaitan dengan negara yang anda sedang bermastautin.

Tip

Tidak pasti bagaimana untuk mengeluarkan wang anda? Ketahui lebih lanjut di sini.


Langkah 2: Tukar negara anda melalui Tetapan

Kini anda dompet matawang tempatan anda sudah kosong, anda boleh teruskan untuk menukar tetapan negara profil anda. Berikut adalah cara-caranya:

  1. Log masuk akaun Luno anda

  2. Pergi ke Profil

  3. Pilih Tetapan

  4. Pilih Negara dan tukar negara anda


Langkah 3: Hubungi pasukan bantuan kami

Sebaik sahaja anda mempunyai baki sifar dalam dompet mata wang tempatan anda, anda boleh memulakan perjalanan anda ke arah mengesahkan akaun anda dan mendapatkan dompet mata wang tempatan di negara baharu anda.

Hubungi pasukan sokongan kami untuk beritahu tentang penghijrahan anda ke negara lain.

Apabila anda memberitahu pasukan sokongan kami tentang penghijrahan anda, kami akan:

  1. Pertama sekali, kami akan sahkan dompet matawang tempatan anda telahpun kosong dan kami akan uruskan profil anda untuk perpindahan ke negara baru

  2. Apabila proses tersebut selesai, kami akan meminta anda untuk memuat naik dokumen untuk negara baru anda

  3. Apabil kami menerima dokumen anda, kami akan sahkan anda untuk negara baru anda. 

  4. Anda akan menerima emel notifikasi untuk pengesahan apabila akaun anda bersedia untuk melakukan sebarang transaski di negara baru anda

Tip

Pastikan anda menyemak dokumen yang diperlukan untuk mengesahkan pengenalan diri anda di negara baharu. Tekan di sini untuk semak.

Ingat

Jika anda berhijrah ke negara yang tidak disokong Luno, kami tidak dapat menyediakan dompet matawang tempatan negara tersebut. Namun begitu, anda masih boleh menyimpan akaun Luno anda, dan apabila kami boleh menyokong negara terbabit – atau berhijrah ke negara lain yang disokong Luno, anda boleh menetapkan dompet matawang tempatan baharu untuk anda di sana.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?