Anda pasti boleh! Jika anda seorang pemastautin asing di salah satu negara yang disokong kami, anda boleh membuka akaun Luno dan mengesahkan identiti anda di sana.
Cara-cara
-
Daftar akaun Luno menggunakan laman web, atau pada aplikasi mudah alih kami menggunakan alamat emel anda
Sahkan alamat emel anda
Masukkan dan sahkan nombor telefon anda
Anda akan diberikan panduan bagaimana untuk mengesahkan pengenalan diri anda
Tahniah! Anda telah berjaya mendaftar akaun Luno.
Memberitahu kami sedikit lagi tentang anda (aka mengesahkan identiti anda)
Terdapat tahap-tahap akaun yang berbeza. Had deposit dan pengeluaran yang berbeza akan dikenakan pada setiap tahap.
Untuk mengesahkan identiti anda serta menaiktaraf akaun anda ke tahap baharu, anda mungkin diminta untuk menyediakan sedikit atau kesemua dokumen di bawah:
Gambar berwarna pasport yang sah
Swafoto yang diambil tidak lebih dari 24 jam
Bukti alamat bermastautin di negara anda mendaftar Luno
Penyata/surat bank bersama bukti alamat bank yang telah anda mendaftar sebelumnya
Bukti kebenaran bermastautin di negara anda mendaftar Luno
Dokumen yang diterima
Bukti pengenalan diri |
Kami memerlukan dua dokumen untuk mengesahkan identiti anda:
|
Bukti bermastautin |
Permit/visa bermastautin sah yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti salah satu dokumen berikut:
|
Bukti akaun bank dengan alamat bermastautin* |
|
Bukti alamat bermastautin |
Untuk senarai penuh, semak artikel bantuan mengenai bukti alamat bermastautin di sini |
* Penyata bukti mestilah penyata bank yang terbaru, atau surat bersetem daripada bank tempatan anda (bertarikh tidak lebih dari tiga bulan dari tarikh permohonan), yang jelas menunjukkan:
Nama penuh anda
Nombor akaun bank anda
Alamat tempat tinggal anda. Jika penyata bank anda tidak menunjukkan alamat tempat tinggal, anda juga perlu mengemukakan sekali dokumen bukti alamat bermastautin
Nota
Kami cuma boleh mengesahkan maklumat anda jika nama dan nombor pasport yang diberikan kepada kami sama dengan nama dan nombor pasport yang digunakan untuk membuka akaun bank tempatan anda. Jika anda membuka akaun bank dengan dokumen pengenalan diri yang berbeza daripada apa yang anda serahkan kepada kami, sila serahkan maklumat dokumen yang anda telah gunakan untuk membuka akaun bank tersebut.

