Jika telefon bimbit anda hilang, dicuri atau aplikasi Google Authenticator dipadam dari telefon anda, anda boleh mendapatkan akses anda ke Luno semula dengan salah satu cara berikut:
- Menyahaktifkan pengesahan dua faktor untuk mengakses kembali akaun anda
- Pulihkan kembali pengesahan dua faktor menggunakan kunci tetapan anda
Untuk langkah lebih terperinci bagaimana untuk melakukannya, semak artikel bantuan di sini.
Perlu lebih bantuan?
Jika anda tidak mengetahui kunci tetapan 2FA anda, dan anda tidak mempunyai akses ke emel utama atau nombor telefon, kami terpaksa menyahaktifkan fungsi 2FA supaya anda boleh menetapkan semula daripada mula. Kami akan meminta anda untuk mengambil swafoto bersama ID dan nota, untuk memastikan permintaan itu datang daripada anda.
Kami berusaha untuk melancarkan penyelesaian masalah anda, jika anda perlukan contoh bagaimana swafoto bersama ID dan nota dilakukan, sila semak artikel bantuan kami di sini. Setelah anda mengambil swafoto bersama ID dan nota, kembali semula ke sini dan pilih MATIKAN 2FA di bawah.
Nota
Selain daripada swafoto, panggilan keselamatan juga mungkin akan diperlukan. Pasukan sokongan Luno akan menelefon anda pada nombor telefon yang telah disahkan pada akaun anda.
Apabila kami 100% bahawa andalah yang melakukan permintaan ini, kami akan menyahaktifkan pengesahan dua faktor pada akaun anda.