Sejak Luno diasaskan pada tahun 2013, kami sentiasa mempunyai misi untuk meletakkan kuasa kripto dalam genggaman semua orang.
Sepanjang perjalanan kami, keutamaan kami masih lagi memberikan khidmat dan produk terbaik untuk anda melalui kaedah yang bertanggungjawab dan terjamin keselamatannya.
Berikutan dari situasi pasaran terkini, kami telah membuat semakan semula dengan lebih mendalam pada manfaat-manfaat Savings Wallet dan menyimpulkan yang keadaan pasaran sekarang adalah tidak signifikan atau cukup stabil untuk kami menawarkan perkhidmatan Savings Wallet yang mencapai piawaian ketat kami.
Oleh sebab demikian, kami telah mengambil keputusan untuk menamatkan fungsi Savings Wallet untuk semua pelanggan Luno.
Kesemua Savings Wallet telah ditutup pada 1 Disember 2022 dan sebarang matawang kripto yang diletakkan pada Savings Wallet kini telah dipindahkan ke dompet kripto utama pelanggan, termasuklah faedah yang diterima.
Perkara ini tidak memberi kesan kepada fungsi beli, jual atau simpan matawang kripto di Luno dalam sebarang bentuk kepada pelanggan. Semua perkhidmatan lain beroperasi seperti biasa.
Kami teruja untuk memperkenalkan kepada anda produk terbaru kami dalam beberapa minggu lagi.

Soalan Lazim
Semua dana dalam Savings Wallet akan dipindahkan ke dompet kripto biasa anda – dompet yang anda gunakan untuk membuat transaksi. Sebagai contoh, jika anda mempunyai Savings Wallet bagi Bitcoin, dana Bitcoin pada Savings Wallet akan dipindahkan ke dompet BTC anda pada 1 Disember 2022.
Ya, faedah bagi bulan November akan dibayar dan termasuk sekali pada baki yang dipindahkan pada dompet kripto anda.
Sila hubungi pasukan sokongan dan beritahu kami perkara berikut:
Jenis kripto Saving Wallet yang diinginkan
Tempoh masa yang hendak dipaparkan pada penyata (contoh: 6 bulan)
Kami sedia untuk menyediakan penyata untuk sebarang Savings Wallet yang anda miliki. Penyata tersebut akan memaparkan pindahan masuk, pindahan keluar dan jumlah faedah yang diterima.