
Selari dengan Terma Penggunaan, anda hanya boleh memiliki satu akaun Luno sahaja.
Jika anda tidak sengaja telah menduplikasi akaun anda kerana anda tidak dapat mengakses akaun asal, anda boleh mendapatkan semula akaun itu dengan mudah.

Anda boleh mencipta satu kata laluan yang baharu jika anda terlupa kata laluan akaun asal Luno anda.
Cara-cara
Log masuk ke Luno menggunakan alamat emel anda.
Apabila diminta untuk masukkan kata laluan anda, tekan LUPA KATA LALUAN
Pada skrin seterusnya, tekan TERUSKAN
Masukkan alamat emel yang anda gunakan pada akaun Luno asal anda
Semak emel anda. Masukkan PIN unik 4-digit yang dihantar terus ke emel anda
Anda akan menerima notifikasi push yang mengandungi PIN unik 4-digit. Masukkan PIN tersebut
Pada skrin seterusnya, tekan TUKAR KATA LALUAN
Ikut langkah seterusnya untuk mencipta kata laluan baharu.
Nota
Pastikan kata laluan baharu anda mempunyai lebih dari 8 aksara, minimum 1 simbol dan nombor, dan minimum 1 huruf besar.

Jika anda perlu mengakses alamat Gmail yang telah anda gunakan untuk mendaftar akaun Luno, anda boleh lakukan di di sini.

Jika anda telah mengaktifkan pengesahan dua faktor (two-factor authentication) pada akaun asli Luno anda dan anda mempunyai masalah untuk mengakses masuk ke akaun anda menggunakan salah satu kaedah ini:
Nyahaktifkan pengesahan dua faktor untuk mendapatkan kembali akses kepada akaun anda
Pulihkan pengesahan dua faktor menggunakan kunci tetapan (setup key).
Ikut langkah mudah dari artikel ini untuk mengetahui bagaimana cara untuk melakukan kedua-duanya.
Apa akan terjadi pada akaun yang diduplikasi?
Apabila anda mendapat kembali akses masuk akaun Luno asal anda, terdapat dua perkara yang akan terjadi kepada akaun kedua anda:
Jika akaun duplikasi anda tidak disahkan, akaun tersebut akan terus aktif dan anda tidak perlu melakukan apa-apa
Jika akaun duplikasi anda telah disahkanpada Tahap 1,2 atau 3, pasukan bantuan akan membantu anda untuk membatalkan akaun tersebut, dengan keadaan dimana akaun tersebut tidak mempunyai wang.
Tip
Anda boleh menyemak tahap pengesahan akaun anda dengan menekan Profil, Tetapan, skrol ke bawah dan klik Pengesahan.
Untuk bantuan dalam membatalkan akaun duplikasi, rhubungi pasukan bantuan kami.