Bagaimana untuk menutup akaun dan memadam semua data saya?

Jika anda ingin menutup akaun Luno atau memadam data anda, anda tidak boleh melakukannya sendiri. Kami akan membantu anda!


Cara-cara

Menutup akaun anda

Jika dompet matawang tempatan dan matawang kripto anda berbaki kosong, kami boleh menutup akaun anda.

Tip

Tidak pasti bagaimana untuk membuat pengeluaran? Ketahui lagi di sini.

Anda boleh meminta kami untuk menutup akaun anda di sini, dan kami akan melakukannya untuk anda. Kami akan hubungi anda semula sebaik sahaja akaun anda berjaya ditutup.

Kami amat menghargai jika anda boleh memberitahu kami sebab mengapa anda menutup akaun anda. Maklumbalas seperti ini akan membantu kami menambah baik perkhidmatan kami.


Padam data anda

Kami menghormati hak anda untuk pemadaman data dan permohonan untuk data dipadamkan. Anda boleh meminta kami untuk memadam data anda di sini. Wakil kami akan menghubungi anda sebaik sahaja kami selesai melakukannya.

Tip

Jika anda meminta kami untuk memadam data anda kerana anda mengesyaki akaun anda mungkin telah diceroboh/disalahguna, kami telah menyenaraikan beberapa tips untuk melindungi akaun anda di sini.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?