
Mudah sahaja untuk mengemaskini kata laluan pada akaun Luno anda dengan mengikuti beberapa langkah di bawah.
Cara-cara
Log masuk ke akaun Luno anda dengan alamat e-mel dan kata laluan anda, serta kod pengesahan dua faktor (2FA) anda jika anda telah mendayakan 2FA
Pilih Profil dari menu, kemudian tekan Sekuriti
Pilih Kata laluan
Anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan semasa dan juga kata laluan baharu pilihan anda. Setelah selesai, tekan SETERUSNYA
Jika anda menggunakan aplikasi mudah alih, masukkan PIN 4-digit; atau jika anda menggunakan pelayar web dan telah menghidupkan 2FA, masukkan kod 2FA anda
Selesai! Anda telah berjaya mengemaskini kata laluan anda.
Nota
Pastikan kata laluan anda mempunyai 8 aksara, dengan minimum 1 simbol dan nombor, dan minimum 1 huruf besar.
Saya terlupa kata laluan saya. Bagaimana sekarang?
Jika anda terlupa kata laluan akaun Luno anda, anda boleh gunakan pemulihan akaun untuk menukar kata laluan. Untuk pergi ke pemulihan akaun:
Jika anda masih log masuk pada aplikasi telefon:
Pilih Profil pada menu, kemudian Keselamatan
Pilih Kata Laluan
Apabila digesa untuk memasukkan kata laluan anda, pilih LUPA KATA LALUAN
Anda akan dibawa ke Pemulihan akaun untuk mengubah kata laluan
Jika anda telah log keluar
Log masuk Luno dengan alamat emel anda
Apabila diminta untuk masukkan kata laluan, tekan LUPA KATA LALUAN
Anda akan dibawa ke Pemulihan akaun untuk menukar kata laluan anda
Nota
Anda perlukan akses ke alamat emel utama dan nombor telefon atau pengesahan aplikasi 2FA.
Tip
Ingin mengetahui bagaimana untuk mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain? Semak pautan dibawah tentang bagaimana untuk mengemaskini nombor telefon dan alamat eme.