Di kebanyakan negara, pelanggan Luno mempunyai pilihan untuk menambah wang ke dompet matawang tempatan mereka – sama ada melalui pindahan bank atau deposit segera.
Deposit melalui pindahan bank boleh mengambil masa sehingga 2 hari bekerja untuk dipaparkan pada dompet Luno anda, manakala deposit segera akan dipaparkan segera. Setelah deposit diterima, anda akan mendapat emel dan notifikasi pada telefon pintar anda.
Nota
Deposit pindahan bank tidak diproses pada hari minggu atau hari cuti am.
Pastikan nombor rujukan unik anda, yang juga dikenali sebagai rujukan BX (atau di sesetengah negara dikenali sebagai amaun deposit unik) adalah 100% tepat sebelum anda membuat deposit. Masukkan sekali nombor rujukan BX anda untuk pindahan bank.
Kami tidak menerima deposit dari pihak ketiga. Pembayaran perlu dibuat di atas nama anda yang telah disahkan oleh Luno.
Waktu deposit berdasarkan negara
Waktu-waktu di bawah menunjukkan berapa lama tempoh yang diperlukan di negara anda untuk pindahan bank dan deposit segera dipaparkan pada dompet matawang tempatan anda.
Tempoh yang diambil untuk deposit anda dipaparkan adalah berdasarkan pilihan deposit yang digunakan:
Pindahan bankr: Sehingga 2 hari bekerja
Deposit segera dengan PayID: Segera
Nota
Jika bank anda adalah New Payments Platform (NPP), pindahan bank mungkin akan menjadi segera. Namun begitu, terdapat sesetengah kes dimana bank NPP mungkin menetapkan had harian, dan sebarang deposit yang melebihi had yang ditetapkan akan mengambil masa sehingga 2 hari bekerja.
Tempoh yang diambil untuk deposit anda dipaparkan adalah berdasarkan pilihan deposit yang digunakan:
- Kad kredit atau debit (VISA sahaja): Segara
- Pindahan bank SEPA: Sehingga 2 hari bekerja
Deposit ke dompet IDR anda melalui Pindahan bank dengan Midtrans sepatutnya dipaparkan segera.
Tempoh yang diambil untuk deposit anda dipaparkan adalah berdasarkan pilihan deposit yang digunakan:
- Pindahan bank: Sehingga 24 jam
- Pindahan segera dengan FPX: Segara
Deposit Baucar sepatutnya dipaparkan pada dompet NGN anda dalam tempoh 24 jam, biasanya lebih cepat.
Terdapat dua kaedah untuk membuat deposit ke dompet SGD anda. Kedua-dua kaedah ini mempunyai masa pengagihan yang sama:
- Pindahan Bank: Sehingga 5 minit
- StraitsX: Sehingga 5 minit
Nota
Untuk pindahan bank, kami menggalakkan penggunaan FAST (Fast and Secure Transfer) untuk membuat deposit ke SGD. Kaedah pindahan lain akan mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke akaun Luno anda.
Tempoh yang diambil untuk deposit anda dipaparkan adalah berdasarkan pilihan deposit yang digunakan:
-
Pindahan bank:
- Sehingga 5 minit jika anda menggunakan Standard Bank
- Sehingga 2 hari bekerja untuk lain-lain bank
- Instant EFT dengan PayU: Segara
Tempoh yang diambil untuk pindahan bank anda dipaparkan bergantung pada bank anda:
- Hari yang sama untuk Stanbic Bank
- Sehingga 2 hari bekerja untuk lain-lain bank
Tempoh yang diambil untuk deposit anda dipaparkan adalah berdasarkan pilihan deposit yang digunakan:
- Kad kredit atau debit: Segara
- Pindahan bank: Sehingga 24 jam
Jika anda menerima matawang kripto, tempoh yang diperlukan untuk sampai ke dompet Luno anda bergantung pada beberapa faktor. Baca lagi di sini.