
Berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia mempercayai kami untuk menyimpan matawang kripto dan maklumat mereka dengan selamat. Perkara ini merupakan tanggungjawab yang kami ambil secara serius.
Berikut merupakan usaha-usaha yang kami lakukan untuk melindungi maklumat peribadi anda.
Fungsi nyah-sulit dan kawalan akses
Semua maklumat yang dikenalpasti sebagai maklumat peribadi seperti alamat emel, nombor telefon atau nombor akaun akan dinyah-sulit dan disimpan dengan selamat.
Untuk lebih dilindungi, semua akses ke maklumat ini direkodkan dan dikawal dengan ketat dan hanya beberapa kakitangan Luno dibenarkan untuk mengaksesnya.
Laman web, perkhidmatan & kakitangan
Setiap kali anda berkomunikasi dengan kami, perbualan di antara anda dan pasukan bantuan kami berlaku pada siaran SSL yang dilindungi. Setiap kali anda melihat “https” pada bar URL, ia merupakan petanda yang baik untuk anda menyerahkan maklumat sensitif kepada kami. Perisian nyah-sulit kami memastikan semua data perbualan disimpan secara sulit.
Tiada individu yang mempunyai akses terus ke wang pelanggan. Tindakan audit secara berkala terhadap kewangan dan keselamatan memastikan wang anda sentiasa selamat dan boleh dipercayai.
Kesemua kakitangan kami melepasi semakan latar belakang, menerima latihan keselamatan dan mereka semua perlu mengikuti dengan teliti polisi keselamatan syarikat.
Mengapa kami mengumpul maklumat dan memastikan keselamatannya?
Proses ini dikenali sebagai KYC atau Know-Your-Customer, atau dalam Bahasa Melayu, ia bermaksud proses Kenali-Pelanggan-Anda. Apabila anda menyerahkan maklumat-maklumat peribadi ini kepada kami, kami menggunakannya untuk menyemak maklumat peribadi anda, untuk memastikan apa-apa maklumat yang dimasukkan pada proses pendaftaran adalah sepadan dengan dokumen-dokumen identiti yang diserahkan. Apabila identiti anda telah disahkan betul dan sepadan, maklumat anda disimpan dengan selamat, selari dengan peraturan Akta Pengubahan Wang Haram (AML) dan Know-Your-Customer.
Kami menyemak dan melaksanakan pendekatan sekuriti yang sentiasa dikemaskini pada tahap organisasi dan teknikal secara berkala apabila menyemak data peribadi anda dan memastikan ianya selamat dan kekal tanpa diusik.
Beberapa bahagian dalam proses ini dilakukan secara automatik, manakala selebihnya adalah secara manual. Namun begitu, semua maklumat anda sentiasa diuruskan dengan hormat dan disimpan dengan selamat. Setelah maklumat anda disahkan, amat jarang bagi kakitangan Luno mengakses semula maklumat peribadi anda kecuali jika terdapat keperluan.
Janji kami
Kami menghargai kepercayaan anda dan bekerja keras untuk memastikan maklumat anda selamat. Pasukan kami telah dilatih untuk menguruskan data peribadi dengan cermat, selamat dan hormat tertinggi.
Kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga, kecuali pada keadaan-keadaan tertentu seperti yang diterangkan pada Polisi Privasi kami, termasuklah di mana anda telah memberikan kebenaran atau kami diminta melakukan sedemikian oleh undang-undang.
Tip
Lawati halaman Keselamatan kami untuk belajar mengenai langkah-langkah keselamatan Luno.