Anda telah berpindah ke negara lain dan ingin menukar matawang?

Kami di Luno sedia membantu! Jika akaun Luno anda disahkan di satu negara, tetapi anda telah berpindah ke negara lain dan mahu menggunakan dompet matawang tempatan negara tempat tinggal baharu anda, terdapat beberapa langkah yang ada perlu ikut untuk memastikan anda boleh terus menggunakan Luno.


Langkah 1: Kosongkan dompet matawang tempatan anda

Dompet matawang tempatan perlu mempunyai baki kosong. Anda tidak perlu mengosongkan matawang kripto – hanya kosongkan wang dari dompet matawang tempatan

Nota

Anda tidak boleh menyimpan kedua-dua jenis dompet matawang tempatan (baru dan lama).

Tip

Tidak pasti bagaimana untuk mengeluarkan wang anda? Ketahui lebih lanjut di sini.


Langkah 2: Beritahu kami

Selepas anda mengosongkan akaun, beritahu kami yang anda telah berpindah ke negara lain dengan memilih TUKAR NEGARA SAYA di bawah.

Kami akan meminta anda untuk:

  1. Beritahu kami negara anda berpindah

  2. Muat naik gambar atau imbasan berwarna pasport anda yang sah

  3. Permit bermastautin (jika ada)

  4. Swafoto yang jelas, berwarna dan baru diambil dalam tempoh 24 jam

Tip

Pastikan anda menyemak dokumen yang diperlukan untuk mengesahkan identiti anda di negara baharu anda di sini.

Setelah kami mengesahkan dokumen anda, emel transaksi telah bersedia akan dihantar kepada anda. Dari situ, anda boleh melakukan deposit ke dalam dompet matawang tempatan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?