Terdapat beberapa sebab mengapa akaun anda dikunci.
Jika anda pilih untuk mengunci akaun anda sendiri, semak peti masuk anda dan cuba cari emel daripada kami yang bertajuk “Kami mengunci akaun anda diatas permintaan anda.” Dari situ anda boleh mendapatkan beberapa maklumat berguna dan juga masa dan tarikh akaun anda akan dibuka semula secara automatik.
Jika akaun anda dikunci kerana anda telah mencapai had deposit atau pengeluaran, sila teruskan membaca. Untuk membuka semula akaun, kami perlukan beberapa dokumen tambahan daripada anda.
Cara-cara
Log masuk aplikasi Luno
Pilih Profil pada Menu
Pergi ke Tetapan
Pilih Pengesahan
Ikut arahan pada skrin
Nota
Jika anda perlu menyerahkan dokumen identiti, dokumen tersebut boleh menjadi sama ada foto atau cetakan lesen memandu, kad identiti atau pasport berkualiti tinggi. Dokumen tersebut perlu memaparkan dengan jelas nombor kad pengenalan anda, nama, tarikh lahir dan gambar yang jelas. Ketahui dokumen yang kami terima di sini.
Tip
Ketahui dokumen yang kami perlukan daripada anda berdasarkan tahap pengesahan anda di sini.