Perlukan bantuan untuk mengemaskini maklumat untuk menghubungi anda?

Anda boleh mengemaskini nombor telefon anda dengan mudah pada tetapan profil anda.

Di situ anda boleh:

  • Tambah alamat emel yang anda gunakan untuk log masuk ke Luno
  • atau Tukar nombor telefon yang dipautkan pada profil anda

Tip

Untuk lebih bantuan tentang mengemaskini nombor telefon, semak artikel bantuan kami di sini Perlukan bantuan untuk kemaskini kata laluan? Ketahui caranya di sini.


Menghadapi masalah untuk mengemaskini nombor telefon anda?

Jika anda tidak dapat mengemaskini nombor telefon meunggunakan mana-mana kaedah dari artikel bantuan ini, kami akan membantu anda. Pilih KEMASKINI NOMBOR SAYA di bawah, dan kami akan meminta anda untuk mengemukakan perkara berikut:

  • Nombor telefon sedia ada yang digunakan pada akaun anda

  • Nombor telefon baharu anda

  • Sebab anda tidak dapat mengemaskini nombor telefon dengan sendiri

  • Untuk memuat naik swafoto dengan ID dan nota

Nota

Untuk swafoto dengan ID dan nota, lampirkan foto anda yang jelas dan beresolusi tinggi yang memegang kedua-dua perkara berikut dalam foto yang sama:

  1. Dokumen pengenalan diri anda

  2. Nota tulisan tangan dengan tarikh hari ini dan menyatakan Untuk Kegunaan Luno Sahaja’

Ingat

  • Wajah anda mesti kelihatan jelas

  • Maklumat pada dokumen pengenalan diri dan nota tulisan tangan anda mestilah boleh dibaca

  • Anda mesti memegang dokumen pengenalan diri anda dan nota tulisan tangan dalam foto yang sama

Untuk contoh rupa swafoto dengan ID anda, lihat artikel bantuan kami di sini.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?