Deposit saya tidak dipaparkan. Tolong!

Kami sedia memberikan bantuan! Bank memerlukan sehingga 2 hari bekerja untuk memproses deposit (lebih lama jika hari minggu, cuti umum atau anda membuat deposit di luar waktu) dan dipaparkan pada dompet matawang tempatan anda.

Apabila kami menerima deposit anda dan anda telah menggunakan nombor rujukan unik anda dengan betul, kami akan memasukkan wang tersebut ke akaun anda secara automatik dan kami akan memberitahu anda melalui emel.

Jika tempoh telah melebihi dua hari, tetapi anda menggunakan nombor rujukan berbeza dan deposit anda tidak dipaparkan – pilih CARI DEPOSIT SAYA dibawah, dan bantu kami cari deposit anda.

Nota

Apabila melakukan deposit, pastikan anda:

  1. Membuat deposit daripada bank akaun di atas nama anda
  2. Membuat deposit daripada akaun bank atas talian (kami tidak menerima deposit tunai)
  3. Menggunakan nombor rujukan unik (bermula dengan BX) yang betul – ia dipaparkan pada skrin ketika anda membuat deposit.

Untuk membantu kami mencari deposit anda, sila kemukakan dokumen sah bukti pembayaran. Kami tidak menerima dokumen di bawah sebagai bukti pembayaran:

  • SMS / Mesej bertulis
  • Penyata bank
  • Pemberitahuan bukti pembayaran
Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?