
Mudah sahaja untuk mengemaskini nombor telefon yang dipaut pada akaun Luno anda dengan langkah di bawah.
Cara-cara
Langkah 1: Tukar nombor telefon anda
Log masuk ke akaun Luno anda menggunakan kod pengesahan dua-faktor, jika anda telah menghidupkan 2FA
Pilih Profil daripada menu, kemudian tekan Tetapan
Pilih Nombor telefon daripada senarai pilihan
Jika anda mempunyai peranti dipercayai, masukkan nombor telefon baru dan tekan SETERUSNYA
Anda kemudian perlu masukkan pengesahan OTP, yang akan dihantar ke nombor telefon baru anda
Nota
Jika anda tidak mempunyai peranti dipercayai, tetingkap pop-up akan dipaparkan untuk mengesahkan sama ada anda masih mempunyai akses ke nombor telefon lama anda.
Jika ya, pilih YA dan teruskan
Jika tidak, pilih TIDAK dan anda akan dibawa ke pemulihan akaun
Tip
Jika anda mengemaskini nombor telefon anda melalui laman web,
klik tiga titik kecil pada sebelah kanan nombor telefon yang telah disahkan, kemudian klik Tukar.
Langkah 2: Sahkan penukaran
-
Pada skrin Profil, pilih SAHKAN pada notifikasi anda. Anda akan menerima pautan pengesan sama ada melalui:
Push notification - jika anda mempunyai peranti dipercayai
atau SMS - pengesahan akan dihantar ke nombor telefon yang dipaut pada akaun anda
Pada skrin pengesahan, pilih YA, TUKAR NOMBOR TELEFON untuk mengesahkan permintaan tersebut
Berjaya! Anda telah mengemaskini nombor telefon anda.
Pemulihan akaun
Jika anda tidak mempunyai peranti yang dipercayai atau tidak lagi mempunyai akses pada nombor telefon anda yang lama, anda boleh menggunakan pemulihan akaun untuk menukar nombor telefon anda.
Apabila memilih Nombor telefon pada Tetapan, satu pop-up akan dipaparkan untuk mengetahui jika anda masih mempunyai akses terhadap nombor telefon lama anda.
Pilih Tidak
Anda akan dibawa ke Pemulihan akaun supaya anda boleh mengemaskini nombor telefon anda
Nota
Anda memerlukan akses kepada e-mel utama anda dan anda akan dikehendaki mengesahkan butiran yang dikaitkan dengan akaun anda. Ia mengambil masa 48 jam untuk penukaran nombor mudah alih melalui pemulihan akaun berkuat kuasa. Ini ialah langkah keselamatan tambahan untuk memastikan bahawa anda sebenarnya yang meminta kemas kini.
Jika anda menerima pemberitahuan e-mel, dan anda belum meminta penukaran nombor telefon bimbit, sila laporkan kepada kami dengan segera.
Jika anda tidak dapat menukar nombor telefon menggunakan mana-mana langkah yang disenaraikan di atas, hubungi pasukan bantuan kami di sini.
Tip
Ingin mengetahui bagaimana untuk mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain? Semak pautan dibawah tentang bagaimana untuk mengemaskini kata laluan dan alamat emel.