
Mudah sahaja untuk mengemaskini alamat emel yang digunakan pada akaun Luno anda dengan mengikuti langkah dibawah:
Cara-cara
Langkah 1: Tukar alamat emel anda
Log masuk ke akaun Luno anda dengan alamat e-mel dan kata laluan anda
Pilih Profil daripada menu dan skrol ke Tetapan
Pilih Emel daripada pilihan yang dipaparkan
Pada skrin Uruskan emel anda, pilih Tambah emel baru
Masukkan alamat emel baharu dan tekan SETERUSNYA
Langkah 2: Beri kebenaran dan memuktamadkan perubahan
Anda perlu mengesahkan penukaran emel supaya kami boleh mengesahkan yang andalah yang membuat pertukaran. Anda akan menerima pautan pengesahan melalui (salah satu):
Push notification - jika anda peranti yang dipercayai
Atau SMS - pengesahan akan dihantar ke nombor telefon yang dipaut pada akaun anda
Apabila anda menekan pautan yang diberikan, skrin pengesahan akan dipaparkan. Pilih terima atau nafi bagi penukaran tersebut.
Setelah disahkan, anda telah berjaya menambah akaun emel baharu ke akaun Luno anda. Emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel baharu tersebut. Klik pada pautan dari emel tersebut untuk mengesahkan alamat emel baharu anda. Setelah disahkan, ikuti langkah dibawah:
Kembali ke Profil, skrol kebawah, tekan Tetapan
Pilih Emel daripada pilihan yang, dan pillih alamat emel anda yang baharu
Klik pada tiga titik di sebelah emel baharu anda, kemudian tekan Jadikan utama
Tahniah! Anda telah berjaya mengemaskini alamat emel anda.
Tip
Ingin mengetahui bagaimana untuk mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain? Semak pautan dibawah tentang bagaimana untuk mengemaskini nombor telefon dan kata laluan.