Matawang kripto yang disokong Luno

Matawang kripto yang disokong Luno.


Bitcoin

Ethereum

XRP

Bitcoin Cash

Litecoin

Uniswap

Chainlink

Cardano

Solana

Avalanche


Tip

Ingin mengetahui bagaimana untuk jual, beli, kirim atau terima matawang kripto? Kami ada jawapannya dalam artikel bantuan di bawah:


Mengapakah Luno tidak menyokong lebih banyak matawang kripto?

Soalan yang amat popular dan sering ditanya kepada kami. Terdapat beribu-ribu matawang kripto alternatif lain (altcoins - semua matawang kripto selain Bitcoin) ang wujud, juga ada beberapa tukaran kripto yang menyokong pelbagai matawang kripto. Luno juga patut menambah jenis matawang sebanyak mungkin, kan?

Secara ringkas, keutamaan kami adalah memastikan matawang kripto milik para pelanggan kami elamat dan memastikan platform yang disediakan mudah untuk digunakan bagi semua individu.

Kami terbuka untuk menambah lebih banyak matawang kripto – jika dan apabila ia sesuai; tetapi sebarang penambahan baru perlu dipertimbangkan mengikut kriteria kami.


Sekuriti, utiliti dan daya tarikan pasaran 

Antara perkara pertama yang kami tekankan ialah keselamatan rangkaian. Kami amatlah berhati-hati dalam memastikan rangkaian kami tidak terdedah kepada isu seperti:

Selain daripada keselamatan, kami juga meletakkan beberapa perkara lain dalam pertimbangan:


Fork matawang kripto

Keutamaan kami ialah memastikan wang pelanggan kami selamat, oleh sebab itu, kami tidak menyokong banyak fork matawang kripto yang berlaku. Di Luno, kami berkongsi visi (dan tanggungjawab) untuk menjadikan matawang kripto selamat dan mudah untuk dibeli, jual dan belajar. Banyak cadangan fork tidak menambah sebarang nilai yang ketara dan cuma menambah kerumitan dan kekeliruan pada pasaran.

Tip

Baca lagi mengenai pendirian kami pada fork matawang kripto di blog kami di sini.


Kami mahu memudahkan anda 

Kami mahu pastikan yang pelanggan kami dapat menggunakan Luno dengan mudah. Ini bermaksud kami berfikir dengan serius terhadap semua perkara yang ditambah kerana kami tidak mahu merumitkan proses memiliki matawang kripto.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?