
Apabila anda bersedia untuk menjual matawang kripto, anda boleh melakukannya dengan langkah yang mudah.
Cara-cara
Log masuk ke akaun Luno anda, kemudian:
Pilih Dompet dari menu
Tekan JUAL
Pilih matawang kripto yang hendak dijual
Pilih matawang (matawang tempatan atau kripto) yang hendak digunakan
Masukkan amaun jualan. Tekan SETERUSNYA
Semak maklumat transaksi, termasuklah caj perkhidmatan, kemudian tekan SAHKAN jika anda berpuas hati
Jika anda menggunakan aplikasi Luno, anda perlu memasukkan nombor PIN Luno untuk mengesahkan transaksi
Itu sahaja! Anda telah menjual matawang kripto.
Tip
Tahukah anda yang Luno mempunyai ciri-ciri amaran harga? Anda boleh menetapkannya dan menerima pemberitahuan apabila matawang kripto anda mencecah harga jual anda.

Soalan Lazim
Ya, anda akan dikenakan caj perkhidmatan apabila menjual matawang kripto. Caj ini adalah dinamik. Ia bergantung pada jumlah pembelian anda dan keadaan pasaran semasa. Kami akan memaparkan caj perkhidmatan sebelum anda mengesahkan sebarang transaksi. Belajar lagi di sini.
Apabila anda menjual kripto, beberapa had dikenakan. Anda perlu memastikan yang anda menjual pada amaun yang lebih daripada had minimum, dan kurang daripada had maksimum. Anda boleh semak had minimum dan maksimum pada semua matawang kami di sini.
Anda cuma boleh memilih daripada matawang kripto yang dompetnya telah dicipta. Semak langkah-langkah dibawah untuk membantu anda menjual matawang kripto kepada matawang kripto lain di sini.
Tip
Semak artikel Pusat Bantuan jika anda ingin memindahkan wang ke bank akaun anda selepas anda menjual matawang kripto.