Bagaimana untuk mendeposit wang?

Sebelum melakukan deposit untuk membeli matawang kripto, anda perlu melengkapkan profil anda dengan memberitahu kami tentang diri anda (ataupun pengesahan identiti). Setelah selesai, anda boleh membuat deposit ke dalam dompet matawang tempatan.


Cara-cara

  1. Buka aplikasi Luno dan log masuk

  2. Pilih Dompet daripada menu

  3. Pilih dompet matawang tempatan anda

  4. Pilih DEPOSIT

  5. Pilih kaedah untuk menambah nilai dompet anda

  6. Ikut arahan yang dipaparkan pada skrin


Deposit di Malaysia

Terdapat beberapa kaedah pembayaran disediakan di setiap negara yang menyokong Luno. Ketahui maklumat terperinci bagi Malaysia di bawah:

Anda boleh melakukan deposit di Malaysia menggunakan pemindahan bank melalui Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Hong Leong Bank atau AmBank (proses biasanya selesai kurang daripada satu hari bekerja), atau anda boleh melakukan pemindahan segera melalui FPX.

Klik pautan di bawah untuk informasi lebih lanjut tentang deposit:

Nota

Senarai deposit di bawah adalah tidak diterima. Setelah kami menerima maklumat yang diperlukan, wang akan dipulangkan kepada pendeposit:

  • Deposit daripada pihak ketiga (dibuat menggunakan akaun bank yang bukan diatas nama anda). Ini termasuk deposit daripada perniagaan yang anda miliki

  • Deposit cek dan wang tunai

  • Deposit daripada e-wallet (cth: BigPay)

  • Deposit daripada kad debit atau kredit

  • Deposit matawang asing atau deposit daripada akaun bank luar negara. Kami cuma menerima matawang MYR daripada akaun MYR bank tempatan

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?