Bagaimana untuk mengesahkan identiti saya?

Setelah anda mendaftar dengan Luno, anda perlu mengesahkan identiti anda sebelum anda boleh membeli matawang kripto. Proses ini lebih mudah daripada membuka akaun bank.

Apabila anda telah mengesahkan alamat emel dan nombor telefon, dan menyediakan beberapa maklumat peribadi, anda boleh mengesahkan identiti anda dengan menyerahkan dokumen pengenalan diri.


Cara-cara untuk menyerahkan dokumen anda

  1. Log masuk ke akaun Luno anda

  2. Pilih Profil daripada menu

  3. Pergi ke Tetapan

  4. Pilih Pengesahan

  5. Pada skrin seterusnya, pilih SETERUSNYA

  6. Tambahkan bukti identiti anda, dan ikut arahan yang dipaparkan pada skrin

Apabila diarahkan untuk mengambil gambar lesen memandu, kad ID negeri atau pasport anda, sila serahkan gambar yang berwarna dan berkualiti tinggi. Dokumen tersebut perlu memaparkan dengan jelas nombor identiti anda, nama penuh, tarikh lahir dan gambar ID yang jelas.

Anda juga perlu mengambil swafoto (selfie) yang jelas wajah anda, yang mana kami akan membandingkan ia dengan dokumen identiti anda.

Ingat

  • Kami tidak menerima dokumen identiti yang berwarna hitam putih, imbasan atau gambar berkualiti rendah, atau tangkap layar

  • Sila serahkan dokumen milik anda sahaja, Maklumat pada dokumen identiti anda perlu sepadan dengan maklumat yang digunakan untuk mendaftar dengan Luno

  • Identiti anda biasanya akan disahkan dalam beberapa minit, tetapi ia mungkin boleh mengambil tempoh satu atau dua hari atas sebab-sebab yang jarang berlaku

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

How can we improve this article?