Setelah anda menyertai Luno, anda boleh menyimpan, tambah nilai, hantar dan terima kripto. Cipta dompet matawang kripto untuk mula membina portfolio anda.
Tip
Tidak pasti bagaimana untuk mencipta dompet matawang kripto? Ketahuinya di sini.
Untuk mendaftar akaun Luno
Pada laman web
Pergi ke pautan ini atau klik butang DAFTAR pada sudut atas kiri halaman utama
Masukkan emel atau daftar dengan akaun sosial
Cipta kata laluan yang selamat dan kukuh
Pilih MULAKAN
Nota
Kata laluan anda perlu lebih daripada 8 aksara, minimum 1 simbol & nombor dan 1 huruf besar.
Pada aplikasi telefon
Muat turun aplikasi Luno daripada Google Play atau App Store
Tekan Profil pada menu
Tekan Log Masuk, dan pada skrin seterusnya, SERTAI
Ikut arahan pada skrin untuk mendaftar
Setelah anda mendaftar, kami akan menghantar satu emel berserta pautan untuk mengesahkan yang anda mempunyai akses ke emel yang anda gunakan untuk mendaftar.
Tahniah! Anda selangkah lebih dekat untuk menjadi pelabur matawang kripto.
Tip
Jika anda tidak menerima emel pada peti masuk, sila semak folder spam. Jika anda menjumpai emel kami di situ, anda mungkin boleh tambahkan Luno ke buku alamat anda untuk memastikan anda tidak akan terlepas sebarang pemberitahuan daripada kami.
Ingin mengetahui bagaimana untuk mendeposit wang, beli dan jual matawang kripto anda? Ketahui jawapannya pada artikel bantuan ini: